Oleh Al-brangi
Jika Mahathir selepas bersara sebagai Perdana Menteri, beliau tidak masuk campur urusan politik tanahair, tidak banyak membuat kacau Presidennya sendiri (beliau hanya ahli biasa Umno), banyak buat kerja-kerja amal, banyak buat amal ibadat......saya rasa ramai orang termasuk pembangkang akan menghormatinya sebagai negarawan ulung.
Tetapi oleh kerana dia masih berkhayal seolah-olah beliau seorang ahli politus ulung setaraf dengan aura Abraham Lincoln, setaraf dengan atau dia merasakan beliau melebihi Lee Kuan Yew.....dia telah meletakkan diri beliau setaraf dengan ahli politik yang paras 3 bintang sahaja.
Beliau layak menerima kritikan paling hebat, paling keras, paling 'kasar' kerana beliau memilih jalan itu.
Walaupun beliau banyak mengkritik Presidennya sendiri, tetapi kata-katanya di atas banyak membantu Umno khasnya dan Presiden Umno amnya.
Presidennya tidak berana memainkan sentimen melayu kerana kononnya menjuarai gagasan 1Malaysia......maka kenyataan-kenyataan seperti apa yang diucapkan oleh Mahathir sangat-sangat diharapkan agar undi Melayu tidak hilang.
Kenyataan seperti itu amat menjatuhkan martabat seorang mantan Perdana Menteri kerana ia hanya layak dijaja oleh pemain dam aji yang lepak dari pagi hingga ke petang di kedai-kedai kopi.
Nota:
Mahathir kata beliau bukan rasis.
Saya amat bersetuju 200% dan sangat-sangat percaya kenyataan itu datang dari keikhlasan hati nuraninya kerana bagi saya kalau bukan rasis, itu adalah kenyataan seorang yang sudah 'nyanyuk politik' seiring dengan 'sawan politik'......alahai..... [ sumber .]
Rais buta mana harta negara & Umno
1 jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan