Rabu, 8 September 2010

Umat Islam Di Malaysia Perlu Bersyukur:Muhyiddin

BERNAMA

MUAR: Umat Islam di negara ini perlu bersyukur kerana menikmati keamanan dan bebas dari sebarang malapetaka atau peperangan berbanding negara-negara lain, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selasa.

Katanya negara Islam seperti Pakistan kini berdepan dengan banjir besar yang mengorbankan ribuan rakyatnya manakala letusan gunung berapi di Indonesia mengakibatkan ribuan penduduknya terpaksa dipindahkan.

"Di sini kita hidup di dalam keadaan yang tenteram dan aman," katanya pada majlis penyerahan zakat oleh UDA Holdings di Surau Saadiah, Jalan Bakri, di sini, Selasa.

Surau Saadiah merupakan surau yang dibangunkan oleh bapa Muhyiddin, Allahyarham Muhammad Yassin Mohamad, seorang ulama terkenal tempatan.

Terdahulu itu, Muhyiddin menerima sumbang zakat sebanyak RM20,000 daripada Pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukannya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Muhyiddin Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Pengarah Urusan UDA Holdings Datuk Jaafar Abu Hassan dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Surau Saadiah Ghafur Yassin.

12 ulasan:

zaimi berkata...

kita memang perlu bersyukur dengan apa yang kita nikmati. disebabkan itulah kita perlu bersama-sama mengekalkan keamanan yang kita miliki kini.

Jonny berkata...

Kita semua perlu bersyukur kerana tinggal di negara yang aman damai tanpa fenomena alam.

maxi shenzi berkata...

benar seperti yang dikatakan Tan Sri.. oleh itu elakkan sebarang aktiviti yang boleh memusnahkan keamanan yang telah kita nikmati hari ini. elakkan permusuhan, eratkan perpaduan..

sonia berkata...

Bukan sahaja umat Islam, malah yang bukan Islam juga turut perlu bersyukur terhadap apa yang ada. Malaysia kaya dengan hasil bumi sendiri tanpa perlu menagih simpati dari luar negara, mempunyai ekonomi yang saya kira stabil daripada sesetengah negara yang lain, jauh dari segala malapetaka2 alam dan yang penting sekali keamanannya.

amrul berkata...

Bersyukur kita kepada keadaan yang kita perolehi sekarang ini. kita berdoa agar negara kita ini akan kekal aman dan damai selamanya.

eika berkata...

kita perlu bersyukur dengan keamanan yang dimiliki dan negara kita tidak ditimpa bencana alam seperti negara-negara lain.

supra berkata...

kita sebenarnya beruntung tinggal di Malaysia yang aman damai, makan minum cukup, tiada bencana alam dan tiada pergaduhan. kita seharusnya bersyukur atas nikmat yang ada.

amrul berkata...

Kita kira bertuah kerana dalam keadaan yang sangat aman dan damai. Tidak seperti negara jiran yang lain yang dalam keadaan tidak tenteram. Kita sentiasa berdoa agar kita akan selamat selalu dan kita doakan juga negara jiran kita akan sama seperti negara kita.

Leo berkata...

Semua rakyat tidak kira muslim ka tidak harus bersyukur. Kalau dibandingkan Malaysia dengan lain2x negara, seringkali ada malapetaka ataupun peperangan. Tetapi bukan di Malaysia. Oleh itu, BERSYUKURlah~!

Zol berkata...

Saya sangat beruntung dapat menetap di negara seperti Malaysia. Diharapkan semua orang akan memastikan Malaysia bebas dari sebarang malapetaka atau peperangan.

Paquin berkata...

Bersyukur lah dengan apa yang kita nikmati sekarang.

Paquin berkata...

Jadi janganlah terlalu melihat kepada keburukan saja.. Sebenarnya banyak kelebihan di negara kita ni; paling penting hidup di Malaysia aman. Walaupun ada jenayah, sekurang-kurangnya masih terkawal :)