SHAH ALAM : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Me
nteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata."Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar.
Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan. Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai 'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan.
"Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda, muncul pula berita mengatakan kerajaan mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar.
"Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar. (tvS)

18 ulasan:
Ada kebaikan dan keburukan membina kasino di negara kita. Tapi keputusan akhir terletak pada tangan PM.
saya yakin PM akan membuat penelitian yang mendalam sebelum melaksanakan sesuatu.
jika kasina nak dibina di Sabah, rkyat sabah takkan setuju, kerajaan harus meneliti hal ini sewajarnya.
Kita sebenarnya tidak pasti kebenarannya sekarang tapi apa yang nyat PR cuba untuk memburukkan kerajaan kerana mereka susah untuk mencari kesalahan jadi dengan khabar angin adalah cara mereka.
PR sure knows how to make the government look bad. This sure looks like their way to make Sabahans go against the government.
The plan to build a casino is not approve yet. I'm sure the PM will study the proposal carefully before making his decision.
Kita tunggu saja kebenarnanya. Tapi baik jangan terlalu percaya dengan kata-kata PR itu. Biar kita dengar keputusan dari PM nanti.
Tidak tahulah kalau benar apa yang dikatakan oleh PR. Mentang2x PRU akan diadakan tidak lama lagi, mereka berabisan mencari sesuatu cerita untuk membuat rakyat Sabah tidak suka terhadap UMNO/BN. Harap PM akan membuat penjelasan tentang cadangan membina sebuah kasino di Sabah.
tunggu sahaja kenyataan rasmi dari PM atau umno/BN. tidak perlu membuat sebarang andaian buat masa ini memandangkan perkara yang dibangkitkan Anwar ini masih belum jelas.
sudah tentu PR akan menggunakan apa sahaja alasan untuk mempengaruhi minda rakyat semata2 untuk mencapai matlamat politik mereka. Sabah/Sarawak pasti menjadi sasaran kegairahan mereka kerana potensi kedua2 negeri ini boleh merialisasikan impian mereka menubuhkan kerajaan baru Malaysia.
rasanya kasino takkan dibina di Sabah, ia mesti mendapat bantahan keras daripada penduduk Sabah. apapun, harap PM akan membuat keputusan yang terbaik.
pekara ini tidak perlu diperbesarkan kerana kita sendiri pun belum tahu kebenarannya.
Jangan terlalu percaya kepada PM tu. Dia manusia biasa jugak !.
Kalau asyik serah pada PM apa guna kita pilih wakil rakyat yang lain tu kan ?.
Rakyat perlu bersuara, supaya PM dan menteri-menteri tidak terlajak. Mereka perlu dengar suara dari semua rakyat. Tak kiralah penyokong kerajaan atau pembangkang.
Kalau betul kasino mahu dibina, saya cuma harap kerajaan akan fikir sedalam mungkin sebelum putuskan hal ni. Setiap perkara mmg ada pros & cons, so buatlah pertimbangan sebaik mungkin.
Harap kerajaan dapat jelaskan hal ni sebelum ramai pihak keliru. Tanggani hal ni dengan baik dan pastikan ia tak dipolitikkan!!!
Setahu saya pembinaan kasino belum disahkan benar.. So selagi kerajaan blm sahkannya, selagi tu lah hal ni hanyalah khabar angi saja.
Jadi janganlah terlalu risau ya. Kerajaan pasti akan ambil kira pandangan rakyat juga tu nanti. Saya yakin hal ni tak seteruk yang disangka. :)
Apapun kita tunggu & lihat ja la perkembangannya nanti. Biar saja si Anwar dengan kelantanggannya utk membantah projek yang belum diumumkan dibuat. hehhee
Catat Ulasan