Jumaat, 8 Oktober 2010

'Ahli Umno tolak NEM sebab tak faham'

Salhan K Ahmad & Regina Lee

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kalangan anggota parti itu belum memahami sepenuhnya Model Baru Ekonomi yang dipelopori presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kegelisahan yang wujud di kalangan ahlinya terhadap penambahbaikan Dasar Ekonomi Baru, yang dikhuatiri akan menghakis hak dan keistimewaan Melayu.

Namun, tidak ramai di kalangan pemimpin parti yang tampil memberi penjelasan dan mempertahankan buah fikiran presiden mereka – usaha untuk liberasi pasaran dan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Najib kelihatan keseorangan dalam bercakap mengenai idea besar itu – termasuk menilai semula dasar afirmatif kepada masyarakat Melayu.

Tidak ramai di kalangan pemimpin yang memberi sokongan, malah wujud pula NGO yang dilihat berusaha keras untuk menggagalkan rancangan berkenaan.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini, Tengku Adnan berkata, Umno telah menugaskan satu pasukan khas untuk menjelaskan isu berkenaan kepada akar umbi..

Dengan penjelasan secukupnya, beliau percaya anggota parti berjumlah kira-kira tiga juta orang itu akan dapat menerimanya.

“Saya percaya, sebaik saja penjelasan diberikan dengan betul, (ahli) Umno pasti akan menerimanya kerana NEM ialah model yang baik untuk pertumbuhan, masa depan dan rakyat negara ini,” katanya.

Tambahnya, keengganan ahlinya untuk menerima gagasan besar itu mungkin disebabkan mereka selesa dengan keadaan sedia ada dan tidak ingin berubah.

“Kita sudah ada satu pasukan untuk menjelaskan kepada mereka. Tapi kadang-kadang, ianya (disebabkan) sifat manusia.

"Jika anda sudah biasa dengan (cara) sebelum ini, anda cenderung untuk berasa selesa," katanya.

Beliau juga mengenepikan tanggapan bahawa keterbukaan yang ditunjukkan Najib kepada masyarakat bukan Melayu telah menimbulkan rasa tidak senang anggota partinya.

Katanya, pandangan seperti itu hanyalah tanggapan semata-mata. Pihak yang banyak mengeluh mengenai perkara itu hanyalah golongan yang tidak mahu berubah, katanya lagi.

“(Mereka) fikir bahawa mereka akan kehilangan apa yang mereka ada mereka sudah ada. Mereka fikir, sekarang masih senang, tetapi dengan NEM, ianya bukan senang lagi.

“Tapi anda kenalah berubah. Bila mereka sedar ianya baik, mereka akan terima,” katanya lagi.

17 ulasan:

supra berkata...

model NEM adalah untuk pembangunan ekonomi negara kita,kita harus menyokongnya.

ali asgar berkata...

PM haruslah memberikan penerangan lebih terhadap ahli berhubungan NEM ini. Supaya mereka lebih memahami dengan lebih terperinci.

Samsiah berkata...

Semua orang menyokong sekiranya mereka lebih faham dengan semua rancang NEM tersebut. Kita tunggu apa penjelasan yang akan diberikan. Sebagai ahli UMNO tidak perlulah menjadikan media sebagai tempat meluahkan perasaan. Berbincang lebih afdal..

adam berkata...

masyarakat perlu diberikan penjelasan agar mereka faham mengenai kepentingan dan manfaat NEM.

Fiona berkata...

Betul. Mana boleh terus menyokong membuta tuli tanpa penjelasan yang secukupnya.

maya berkata...

Peneriman masyarakat tentang perancangan NEM ini masih kurang. Ada baiknya sekiranya ada pihak yang boleh menjelaskan perancangan ini agar lebih mudah difahami.

maya berkata...

Kurang kefahaman dengan perancangan NEM yang diperkenalkan mendapat bantahan dari pelbagai pihak. Diharapkan perkara ini diberi perhatian kerana saya yakin kepentingan NEM bukan hanya baik untuk rakyat tetapi juga untuk negara.

mike berkata...

NEM dilihat satu dasar yang boleh menambahbaikan pendapatan negara di samping memungkinkan negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.namun ianya belum dapat diaplikasikan sepenuhnya disebabkan ramai yang masih keliru dan tidak faham akan idea itu sepenuhnya.

mike berkata...

sikap tidak mahu berubah disebabkan selesa dengan cara yang lama harus diubah..pemikiran konservatif harus diperbaharui..namun ianya bukan sesuatu yang mudah.terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin bagaimana merealisasikan idea NEM sepenuhnya.

neiji sheito berkata...

sedangkan kalangan anggota parti sendiri masih tidak faham, inikan pula rakyat... hal ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia boleh memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk menggagalkan usaha2 kerajaan ini.

Jonny berkata...

Bukan sahaja ahli Umno yang tidak faham, tapi saya rasa ada kebanyakan rakyat juga tidak faham ataupun tidak berminat untuk mengambil tahu tentang NEM ini. Penerangan lanjut tentang NEM diperlukan supaya semua pihak jelas dengan peranan NEM ini dan juga boleh memberikan idea untuk memperbaiki sistem NEM.

Jonny berkata...

Adalah biasa jika kita takut ataupun menolak sesuatu jika kita tidak memahami benda itu. Jadi kita perlu pemahaman lanjut terhadap sesuatu sebelum boleh menerimanya.

Leo berkata...

Saya setuju dengan tindakan ahli umno untuk menolak NEM kerana mereka tidak faham. Olhe itu, PM harus memberi penerangan yang lebih sehingga mereka faham.

Leo berkata...

Walaubagaimanapun, saya tidak setuju dengan ahli umno meluahkan perasaan mereka kepada media. Mereka patut menyuruh PM untuk memberi penerangan lagi tentang NEM tersebut.

miao berkata...

Terlalu mudah dipengaruh oleh maklumat yang tidak tepat.
Parti harus memberi penjelasan yang secukupnya.

flifla berkata...

Mereka patut diberi khursus intensif. Ini bukan pekara yang kompleks, mudah difaham jika mereka ingin faham.

kozaimi berkata...

Semua orang faham kecuali mereka. Betul tidak faham atau sengaja tidak faham?