Khamis, 14 Oktober 2010

Anifah kesal Anwar burukkan negara kepada jiran

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kesal sikap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup memburukkan negara sendiri semasa diwawancara sebuah stesen televisyen di Indonesia semalam.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kalau dia jadi Perdana Menteri, dia boleh selesaikan masalah antara Malaysia dan Indonesia dalam masa dua minggu, kalau saya tidak silaplah...tetapi saya sebenarnya tidak perlu dua minggu untuk selesaikan, kalau saya sanggup gadaikan maruah dan kedaulatan negara,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Laporan menyebut bahawa semasa diwawancara stesen televisyen TVOne di republik itu semalam, Anwar berkata bahawa pertikaian Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan dalam beberapa minggu sahaja sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.

Anifah berkata beberapa rakannya di luar negara turut melahirkan rasa terkilan dan tertanya-tanya mengapa seorang warga negara Malaysia yang menggelarkan diri sebagai pemimpin sanggup memburukkan nama negara sendiri di luar hingga diketahui seluruh dunia.

“Saya agak sedih kerana setiap warga negara Malaysia sepatutnya tidak memburukkan negara tercinta. Tetapi disebabkan ada orang tertentu yang burukkan Malaysia, ada orang percaya dengan apa yang diutarakan,” katanya.

Mengulas kenyataan kononnya Anwar lebih memahami sistem pemerintah Indonesia kerana mendukung demokrasi berbanding pemerintah di Malaysia, Anifah berkata: “Kalau kita tidak praktikkan demokrasi tidak mungkin beliau (Anwar) jadi ahli Parlimen dan tidak mungkin kita tewas di lima buah negeri pada pilihan raya 2008.”

Mengenai perkara lain, Anifah berkata Kementerian Luar akan meminta kerjasama kerajaan Mesir supaya membenarkan konvoi bantuan kemanusiaan Viva Palestina yang kini terkandas di Lattakia, Syria selama 10 hari, untuk memasuki pelabuhan El-Arish secepat mungkin.

Konvoi darat kelima Viva Palestina “A Global Lifeline to Gaza” adalah konvoi antarabangsa dari lebih 30 negara yang turut disertai 14 sukarelawan Malaysia.

Delegasi sukarelawan Malaysia itu mengiringi sumbangan daripada individu dan pertubuhan dari Malaysia terdiri daripada enam kenderaan yang membawa muatan bantuan.

21 ulasan:

mai berkata...

Anwar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan masyarakat luar beranggapan negatif terhadap Malaysia. sepatutnya sebagai warganegara Malaysia perlu mempertahankan negara dan bukannya memburuk-burukkan negara kita kepada jira.

mai berkata...

semua pihak perlulah berusaha untuk mengekalkan dan meningkatkan imej Malaysia..diharap selepas ini tiada lagi pihak yang memberikan gambaran negatif terhadap Malaysia.

Norimah berkata...

Bukan datuk Anifah saja kesal, malahan rakyat dan penyokong dia sendiri kesal dengan tindakkan sebagai orang malaysia yang memburukkan negara sendiri. Tidak layak anwar jadi pemimpin. Jauh anwar dari Malaysia. sungguh memalukan malaysia. ini ibarat malaysia tidak ada pemimpin sendiri dengan tindakkan anwar ini.

evan medhousky berkata...

umum sudah sedia maklum bahawa suara Anwar di Malaysia sudah tidak laku dan tidak dihiraukan lagi. apatah lagi satu-persatu kejahatan, penipuan dan kemaksiatannya kini kian terbongkar. Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa mencari alternatif lain untuknya bersuara. Indonesia menjadi pilihan kerana di sana terdapat ramai rakan sekongkolnya.

evan medhousky berkata...

Anwar bukan pemimpin sejati kerana beliau tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakannya. tidak malukah beliau memuji diri sendiri di luar negara? dan tidak malukah beliau mendedahkan kepada negara luar bahawa beliau kemaruk dengan jawatan Perdana Menteri? apa yang disebut oleh Anwar ialah satu bukti bahawa beliau bersedia untuk berbohong dan berbuat sesuatu yang boleh merosakkan imej negara hanya untuk kepentingan dan tujuan politik beliau semata2.

Jari berkata...

Memalukan diri sendiri dan negara sahaja. Beliau tidak sepatutnya dilantik sebagai pemimpin jika cara pemikirannya sebegitu.

evan medhousky berkata...

entah bagaimana agaknya Anwar menyelesaikan pertikaian Malaysia-Indonesia dalam masa dua minggu sedangkan kekecohan dalam parti sendiri terus berlaku.. mampukah beliau menyelesaikan masalah kedua2 negara sedangkan parti sendiri berhadapan dengan masalah?

Jari berkata...

Beliau cuma mahukan peluang. Cuba beri dia peluang sesingkat2 minggu, adakah kata2nya itu dapat dikotakan? Secara logiknya, entah apa yang ingin dia lakukan.

Paquin berkata...

Sebaiknya elakkanlah daripada memburukkan negara jiran ba.. S/ada secara sengaja ataupun tak - hubungan baik harus dijaga :)

Paquin berkata...

Setuju mai. Sebagai rakyat Malaysia yang tekenal dengan budi bahasa, jagalah pertuturan kita bagi memastikan imej Malaysia kekal baik di mata dunia :)

maya berkata...

Inilah sikap pembangkang selalu memburuk-burukkan parti malah sanggup juga memburukkan negara sendiri. Adakah tindakan ini dapat menyelesaikan masalah?

maya berkata...

Pertikaian antara Malaysia dan Indonesia sepatutnya tidak berlaku. Masalah-masalah yang berlaku telahpun diambil tindakan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Hubungan baik Malaysia dan Indonesia harus dikekalkan untuk kepentingan bersama.

Logop berkata...

Tergamak Anwar memburukkan negara sendiri semata-mata hendak mendapat rakyat percaya bahawa dia boleh menyelesaikan masalah tersebut dalam dua minggu kalau dia adalah perdana menteri. Tindakan Anwar ini seakan menaruh garam pada luka.

Logop berkata...

Apa2x pun, saya berharap hubungan Malaysia dan Indonesia akan pulih.

Jonny berkata...

Sudahlah, jangan membesarkan perkara ini lagi. Apa yang sudah diucapkan tidak boleh ditarik balik. Janganlah kita berperang sesama diri dalam satu negara. Bagaimana negara lain memandang kita nanti?

Jonny berkata...

Apa yang penting, adalah menumpukan perhatian dalam menyelesaikan persengketan antara negara kita dengan Indonesia. Bertengkar sesama diri tidak menyelesaikan apa-apa masalah.

mandau berkata...

Anwar ni jika nak dptkan sokongan pun, tk perlulah nk memburukkan nama negara, dia seharusnya mempertahankan negara. ini tidak, mengarut yang bukan2.

jumai berkata...

Kita mengutuk sesiapa yang memburukan reputasi negara.
Tetapi cara terbaik ialah negara tiada isu yang memalukan negara.

supra berkata...

tindakan anwar ini mmg tak wajar, tk perlulah nak berkata sesuatu yang menjejaskan nama baik negara. beliau seharusnya menjaga nama baik negara.

hipo berkata...

Dalam era teknologi maklumat yang canggih, maklumat dapat tersebar dalam sekelip mata.

minna berkata...

Pihak yang memburukan reputasi negara kita kategorikan mereka sebagai rakyat Malaysia yang tidak besifat patriotik.