Khamis, 14 Oktober 2010

DISKRIMINASI BN KINI TERBUKTI?


Oleh : ZIANNA MANDALI

DISKRIMINASI di antara Rakyat Tempatan dan Rakyat Asing jelas dilaungkan oleh kerajaan UMNO/BN. Perumahan setinggan rakyat asing sekitar kawasan Masjid pekan Telupid yang terlibat dalam kawasan pembangunan kedai LPPB telah disokong oleh Ketua UMNO bahagian Beluran, James Ratib untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan.

Menurut surat Ketua UMNO Bahagian Beluran, bil UMNO/TP-GRPM/10/0110/01 bertarikh 1 Oktober 2010, James Ratib telah menulis surat kepada Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Sabah untuk menyokong tuntutan bayaran pampasan terhadap dua pemohon iaitu Arsyad Haji Mappong dan Odding Abd malik yang menduduki tanah TL 087500267 di Tapak Komersil LPPB di Pekan Baru Telupid.

Kedua-dua pemohon tersebut telah dikenalpasti sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah kerana sebelum ini mereka ada pemegang pasport tenaga kerja Indonesia.

Ironinya, pada tahun 2003, 50 orang peniaga kecil yang terdiri daripada rakyat tempatan yang dibenarkan oleh Pejabat Daerah Telupid untuk menduduki kawasan gerai dan tamu yang juga terlibat dalam kawasan pembangunan kedai LPPB telah diusir saperti binatang (dengan cara memotong bekalan elektrik dan air) dan tidak diberi sebarang pampasan atau penempatan semula.

Ini menunjukkan bahawa orang asing telah menjadi kesukaan dan kesayangan kepada kerajaan UMNO/BN Malaysia. Kejadian seperti ini bukan hanya terjadi di daerah Beluran tapi telah terjadi di daerah-daerah lain seluruh Sabah.

Kalau rakyat asing dapat tuntut pampasan mengapa rakyat tempatan dinafikan? Syabas Kerajaan 1Malaysia Najib kerana menghalalkan semua ini!

21 ulasan:

Jonny berkata...

Masalah PATI ini timbul sejak awal lagi, amat susah untuk mengatasi perkara ini. Diharapkan perkara ini akan mendapat perhatian daripada kerajaan Sabah dan juga kerajaan pusat.

Jonny berkata...

Tapi siapa sebenarnya yang mahu mengusir mereka?

evan medhousky berkata...

sebaik-baiknya sertakan sekali bukti yang menunjukkan kedua-dua pemohon itu adalah dikalangan PATI dengan mengemukakan dokumen perjalanan mereka (pasport TKI)..

eika berkata...

apa buktinya mereka adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah???? sebaiknya ada bukti barulah dakwaan ini dikatakan berasas...

evan medhousky berkata...

tanpa bukti, rakyat juga boleh katakan bahawa ada kemungkinan dua orang pemohon itu adalah warga tempatan dan peniaga-peniaga kecil yang diusir itu adalah PATI. ada kemungkinan isu ini sengaja dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik pembangkang, lebih-lebih lagi isu PRK Batu Sapi semakin hangat di Sabah..

Kalau rakyat asing dapat pembelaan mengapa rakyat tempatan dipertikaikan? Syabas Kerajaan Pembangkang kerana memutar-belit semua ini!! tiada yang mustahil dalam politik..

Logop berkata...

Kalau teda bukti, susah orang mahu percaya. Oleh itu, tunjukkanlah bukti bahawa kedua-dua pemohon itu adalah dikalangan PATI .

mantra berkata...

mmg masalah PATI makin serius pada masa ini. namun, benarkah kedua pemohon tersebut bukan warga tempatan? perlu ada bukti bagi dakwaan ini.

lafizah berkata...

anda pastikah dengan cerit ini sepenuhnya? Macam ada disebalik cerita ini yang diragui.Mungkin pihak berkuasa harus membuat siasatan berhubung dakwa ini.

ali asgar berkata...

Susah juga mahu percaya, media katakan. Macam-macam boleh jadi. Kita tunggu dan lihat kebenaran cerita ini. PATI di Sabah haruslah ditangani secepatnya. jangan sampai menjadi lebih bermaharaja lela di Sabah.

amrul berkata...

Sepatutnya peniaga tempatan yang berniaga ini diberikan pampasan dan penempatan baru untuk berniaga. Bukan hanya tahu untuk menghalau. Pihak berkuasa harus mencari jalan untuk membantu mereka ini dan mengenai isu PATI ini, harap Para PATI sekalian pulanglah ke negara asal sebelum sesuatu undang-undang yang keras akan dilakukan oleh kerejaan. Itu bukan salah kerajaan Malaysia nanti, tapi itu salah diri sendiri.

mai berkata...

susah untuk dipercayai kerana tiada bukti mereka adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah...

supra berkata...

masalah PATI mesti diselesaikan.

sonia berkata...

Apa yang pasti, status PATI di Sabah memang sudah tidak dapat dijustifikasi lagi.

jumai berkata...

YB berkenaan mungkin dapt manfaat jangka pendek kerana dapat sokongan dari PATI.
Kestabilan negara tergugat disebabkan tindakan mereka. Sukar difikirkan bahawa mereka sanggup membina sebuah negara yang tidak stabil untuk anak cucu mereka.

mike berkata...

PATI yang mendapat kerakyatan tidak sah ini adalah melalui projek IC/ projek mahathir..kini PATI yang memegang kerakyatan malaysia semakin berani mencabuli hak rakyat tempatan...jika tidak diselesaikan isu ini, lambat laun akan berlaku penentangan rakyat sabah kepada kerajaan malaysia.

mike berkata...

benar/tidak, yang pasti PATI umpama raja di bumi sabah..apakah langkah kerajaan malaysia membasmi serta menghapuskan PATI yang memegang kerakyatan malaysia melalui projek IC? IMM13 harus dihapuskan kerana masa kini bukan lagi masa peperangan..mereka yang memegang IMM13 dan keturunannya harus dihantar balik ke negara asal mereka.

mike berkata...

sudah berbuih mulut pemimpin2 tempatan sabah mengutarakan isu ini kepada kerajaan pusat namun tiada sebarang tindakan yang diambil untuk menyelsaikan isu ini.. jika kerajaan pusat tidak mampu/ingin melindungi segelintir dalang projek IC maka harus diberikan kuasa autonomi kepada kerajaan negeri dengan peruntukan untuk menyelesaikan isu ini..sudah banyak kajian yang dijalankan namun tidka digunakan.

hipo berkata...

Tiada rasuah, tiada pati.
Tangani masalah rasuah dulu masalah pati akan berkurangan.

minna berkata...

Mungkin salah laku segelintir kaki tangan kerajaan yang tamak secara tidak langsung telah menjejaskan nama baik kerajaan.

POP berkata...

Mengeluarkan bukti dahulu barulah menjelaskan masalah ini.

POP berkata...

Kenapalah begini?