Sabtu, 9 Oktober 2010

Gen.2 dan Satria Neo dipanggil semula libat kos RM5 juta

FREE MALAYSIA TODAY

sample pic BM copy PETALING JAYA: Panggilan semula sebanyak 15,911 unit kereta Gen.2 dan Satria Neo model di antara tahun 2004 dan 2008 buatan Proton Holdings Bhd kerana kegagalan fungsi spring jam mengakibatkan kos sebanyak RM5 juta.

Berdasarkan laporan, spring jam menghubungkan kekunci dan bag udarakepada radio, horn dan kawalan kruise, lapor starbizweek hari ini.

OSK Research, dalam laporannya semalam berkata, seandainya kesemua kereta terlibat, langkah pembaikan yang melibatkan penggantian bag udara sebelah pemandu, ialah sebanyak RM300 hingga RM400 sebuah kereta.

"Andai kata, senario terburuk yang membabitkan 15,911 kereta, ini menjadikan jumlah kos yang terpaksa ditanggung ialah di antara RM4 juta hingga RM5 juta, 1.4% dari unjuran (untung bersih) bagi tahun kewangan 2011.

MIDF Research, dalam laporannya berkata, kesan yang dijangka adalah terlalu kecil kerana jumlah kereta yang terlibat adalah kecil dan alat ganti tidak begitu mahal.

Panggilan semula 15,911 kereta ini dari jumlah pengeluaran sebanyak 660,000 unit dan dijual oleh Proton dalam tempuh empat tahun. Tinjauan mendapati kos alat ganti tidak mahal (lebih kurang RM300) dan kerja pembaikan boleh disiapkan dalam masa sejam.

Bagaimanapun, dari satu segi, panggilan semula terhad kepada model bukan teras Proton walaupun kita tidak menolak kemungkinan ia akan memberi kesan kepada model utama seperti Saga, Exora dan Pesona.

"Kami jangka kesannya adalah minima kerana Proton telah pun mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan kualiti produknya sepertimana yang dapat dilihat dari rankingnya yang semakin baik," kata laporan itu

0 ulasan: