Selasa, 12 Oktober 2010

Ibrahim Ali didakwa tidak hormati mendiang Chong

Joseph Sipalan

Ahli parlimen pembangkang hari ini membidas Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), yang dikatakan tidak berdiri dan terus bercakap di telefon ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati pemergian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah.

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata presiden PERKASA itu tidak sopan dan "sengaja memprovokasi", dan memberi amaran bahawa wakil rakyat pembangkang boleh mengemukakan usul terhadap Ibrahim.

Bercakap di lobi Parlimen, Khalid berkata, seorang rakan MP telah meninggal dan ia hanya satu minit bertafakur sebagai tanda hormat.

Bagaimanapun, katanya, Ibrahim terus duduk dan bercakap dengan kuat di telefon, seperti mahu menunjukkan semangatnya sebagai juara Melayu.

Menurut Khalid lagi, jelas kepada semua ahli parlimen yang Ibrahim sedang bercakap di telefon kerana hanya suaranya sahaja yang kedengaran sedangkan orang lain diam bertafakur.

Khalid berkata, walaupun Ibrahim akhirnya berdiri, tetapi hanya pada penghujungnya.

Dalam SMS kepada Malaysiakini lewat petang ini, Ibrahim mendakwa tuduhan terhadapnya itu adalah tidak benar.

"Saya bangun. Cuma lewat sikit. Tak sampai sesaat. Kalau kata saya tak berdiri hormat adalah dusta," demikian kandungan SMS tersebut.

Dalam SMS tambahan yang dihantar Ibrahim selepas itu, beliau menulis: "Tak kan la hal macam ni pun jadi isu... Saya bangun dan masih bertafakur. Cuma lambat sikit. Tak Sampai sesaat."

25 ulasan:

orangkampong berkata...

Kalau Ibrahim Ali yang buat kelakuan macam tu memang tak boleh dipertikai.
Sebab dah jadi darah daging dia...

Cuma, ahli PERKASA perlu menilai semula pemimpin macam Ibrahim Ali ni.Macam masa seorang pemimpin yang memperjuangkan Melayu, tetapi dia sendiri tidak beramal dengan budaya Melayu, iaitu berbudi bahasa dan lebih murni dalam tindakan.

Hmmmm...tak taulah dengan Pak Brahim ni !

jieah berkata...

entah betul atau tidak..tapi setiap orang perlulah mengamalkan sikap hormat kepada yang lain.

ferlo berkata...

hal ini bukan isu besar pun. apapun, sikap hormat menghormati perlu ada dalam diri kita.

Mei berkata...

First off, my sincere condolence to Chong. May his soul rest in peace.

Mei berkata...

If its true as what the article written about Ibrahim, he should be ashamed of himself. No wonder PERKASA is aggressive and rude...its because their president are one too.

Nurul berkata...

Please respect somebody pass away.. If really Ibrahim do like that is so ashamed of himself. Make Embarrassing for party PERKASA.

Samsiah berkata...

Islam sendiri mengajar kita saling hormat menghormati. Sekiranya benar kelakuan Ibrahim sedemikian. Memang bukan bukan sikap orang melayu. PERKASA memang tidak layak untuk memperjuangkan sesuatu untuk orang melayu.

mike berkata...

Ibrahim Ali memang bersikap macam itu. lihat sahaja apa yang telah dilakukannya sebelum ini..sikap hormat adalah jauh sekali..

mike berkata...

lihat saja kepada sikap agresif PERKASA. semua diajar oleh Ibrahim Ali. nampaknya sikap ego beliau semakin menggunung..

Jonny berkata...

Memalukan, amat memalukan. Jika Ibrahim Ali tidak ikhlas menghormati si mati dengan keluarganya, janganlah datang langsung.

Cuba fikirkan perasaan ahli keluarga yang sudahpun susah hati disebabkan pemergian orang yang tersayang. Perbuatan tidak hormat ini pasti akan menambah kesedihan mereka.

ali asgar berkata...

Inilah Ibrahim presiden perkasa yang selalu membuat kecoh dan sekarang isu baru lagi timbul. Tidak menghormati orang lain semasa bertakafur dan dia bercakap di telefon. Memang jadi isu jika kita berkelakuan sedemikian, tidak patut ini berlaku.

lafizah berkata...

memalukan orang melayu saja. Ibrahim memang perosak orang melayu. Tidak layak memimpin sekiraya melayu tapi tidak ada adat sopan langsung.

mike berkata...

yang pasti, sikap hormat-menhormati harus diamalkan oleh setiap orang tidak kira pangkat, kedudukan, dan sebagainya.

Jonny berkata...

Walaupun Perkasa dan Ibrahim Ali ini sering menggangap diri sebagai penjuang hak Melayu dan Islam. Tapi perbuatannya tidak selaras dengan ajaran Islam.

evan medhousky berkata...

sebagai seorang pemimpin, berhati2lah dengan setiap tindakan. apa sahaja yang dilakukan jika tidak kena pasti menjadi isu. jangan hanya selepas masuk media baru sibuk membuat penafian.

evan medhousky berkata...

rakyat akan mudah terpengaruh lebih2 lagi dengan melihat kepada bentuk perjuangan Perkasa yang banyak menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat. jangan salahkan media kerana mendedahkan isu ini, tetapi salahkan diri sendiri kerana berjaya menarik perhatian media. kalau isu ini tidak benar, teruskan buat penafian dalam bentuk saman.

supra berkata...

Ibrahim Ali perlu lebih bersikap menghormati org lain.

linda berkata...

sebagai orang Malaysia kita perlulah mempunyai nilai-nilai murni dan yang paling penting kita kena tunjukkan perasaan hormat kepada yang lain.

sophie berkata...

Baik jangan datang langsung!

Inikah pemimpin yang Melayu agung-agungkan? Tidak menghormati pengkebumian? Nasiblah sudah ramai yang membuka mata dan melihat siapa Ibrahim Ali ini.

sophie berkata...

Btw, takziah kepada keluarga MP.. Sampai sekarang tidak diketahui siapa yang memandu Merz tersebut..

Paquin berkata...

Adui si IA ni kan tak habis-habis dengan kontroversi. huhuhu

Paquin berkata...

Kalau lah dakwaan ni benar, huhuhu...
Memang sangat memalukan, bagaimana mungkin IA sanggup bertindak sedemikian:(

Paquin berkata...

Tunjukkanlah sikap menghormati dalam diri sendiri supaya kelak kita juga akan dihormati. Itu hak IA utk bertindak sedemikian, malangnya beliau terlupa sebagai orang yang jadi perhatian kamera kenalah berwaspada dalam setiap perlakuan supaya tak menimbulkan kontroversi.

Paquin berkata...

Paling tidak pun tunjukkanlah rasa simpati pada keluarga mangsa.

Paquin berkata...

Apapun takziah pada keluarga DE:( Banyakkan bersabar kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.