Isnin, 18 Oktober 2010

KAMI SAKSI KEJALANGAN ‘IC PROJEK’ BN?


Oleh: MUTALIB M.D

MANTAN Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang menjadi ‘Kambing Hitam’ kerana ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akob Damsah @ Yakub Damsah, 57, mendesak Kerajaan Malaysia bertanggung jawab di atas penganiayaan yang dilakukan kerajaan BN ke atas 15 Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, termasuk beliau pada 1995.


“Jika kerajaan Jepun membayar pampasan kepada ‘Hamba Seks’ tentera Jepun pada zaman Perang Dunia Kedua, kenapa Kerajaan BN tidak langsung mahu bertanggung jawab di atas ‘pemerkosaan mereka’ ke atas kebebasan kami? Bukankah kami yang telah berjasa dengan mematuhi semua arahan pemimpin BN sehingga BN berjaya merampas kuasa daripada PBS?,” tanya Yakub yang kecewa dengan layanan buruk pemimpin BN terhadap semua mangsa tahanan ISA.

Kata Yakub, Kerajaan BN yang ada pada hari ini harus bertanggung jawab membayar gantirugi kepada mangsa ISA yang ditahan secara tidak sah hanya untuk menutupi mulut pembangkang yang berterusan menghentam BN yang menang melalui pintu belakang, iaitu melalui Skandal X-Files.

(Sila Klik untuk besarkan imej)

“Tanpa pengundi hantu dan semua warga asing yang mereka rekrut dan mendapat kad pengenalan dengan menggunakan tangan kami, BN tidak akan bermimpi sampai hari ini untuk memenangi walau satu kerusi di Sabah,” ujar Yakub yang meyakini ‘Ops Gembleng’ telah berjaya mencapai misi menumbangkan kerajaan pilihan rakyat.

Menurut Yakub, beliau dan 14 rakannya memberi peluang kepada BN untuk membersihkan nama mereka dan membayar pampasan yang setimpal dengan dosa pemimpin BN terhadap mereka, kerana mereka telah mencapai kata sepakat untuk membawa isu ini ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ;untuk menuntut hak mereka kerana Mahkamah di Malaysia menafikan hak berkenaan disebabkan sekatan undang-undang.

Yakub mengambil kesempatan untuk berpesan kepada Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing, agar tidak melayani karenah Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien yang mencabarnya mengemukakan bukti kerana BN mempunyai seribu dalih untuk menyembunyikan semua bukti bertulis dan atas talian.

“Tidak payah kemukakan sebarang bukti kerana saya dan 14 rakan yang pernah ditahan di bawah ISA adalah bukti hidup yang boleh bercakap dan bertindak atas dasar kesedaran. Kami adalah bukti kejalangan BN, bukannya tulisan di atas kertas yang tidak mampu bersuara,” ujar Yakub lagi.

Jika Parlimen mahukan bukti, kata Yakub, heret kesemua 15 bekas tahanan ISA untuk memberi keterangan secara tertutup di Parlimen.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami tidak bersalah. Kami mangsa keadaan ketika nyawa Kerajaan BN berada di penghujung, maka sebagai penyambung tali hayat, kami dikorbankan,” ujar Yakub yang menafikan bahawa mereka terlibat dengan Skandal IC Palsu.

Tegas Yakub, mereka tidak pernah terlibat mengeluarkan IC Palsu, sebaliknya menandatangani semua kad pengenalan biru yang tidak diketahui untuk diberikan kepada siapa di Pusat Operasi JPN melalui Skandal X-Files yang dilindungi kerajaan.

“Semua keterangan saya ada di dalam buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir seperti yang saya pegang ini. Tidak ada sepatah ayat ditambah dan tidak ada walau satu ayat berkurang. Semua yang dilaporkan dalam buku ini adalah tepat dan menceritakan 100 peratus kebenaran,” ujar Yakub yang mengakui ada membuat Akuan Berkanun pada 5 Mac 2007 yang memperakui semua keterangannya di dalam buku berkenaan adalah benar dan bonafide.

Menurut Yakub, kesemua 14 orang mantan pegawai JPN yang mangsa tahanan secara tidak bermaruah turut bersedia memberi keterangan di hadapan Perdana Menteri atau Parlimen atau Jawatankuasa Parlimen mengenai Integriti terdiri daripada; Hamzah Tim, Asli Sidup, Balasius Biajin, Mohd Tohid Mohamad, Mohd Nasir Sungip, Ibnu Ham Tajul Arifin, Ishak Yusof Apok, Azmin Karim, Julian Damsah, Mohd Razali Samin, Jumahat Taripin, Abdul Rauf Sani, Zakaria Ahmad dan Kee Zulkifly Kee Abdul Jalil.

“Namun kita hanya akan membuka mulut, jika Kerajaan BN bersedia menebus dosa mereka dengan meminta maaf secara terbuka dan membersihkan nama kami memalui pampasan yang dipersetujui bersama. Jika tidak, kami akan teruskan niat kami mengadu kepada PBB kerana BN telah melakukan kegiatan ‘Pemerdagangan Orang’ dalam skala terbesar melalui Skandal IC Projek ini,” ujar Yakub yang tidak gentar untuk memberi keterangan di mahkamah atau parlimen.

33 ulasan:

tombolo berkata...

mengapa mereka nak meminta ganti rugi? sedangkan mereka telah didapati bersalah dalam memberi IC kepada PATI. jika dah bersalah tu tk perlu nk menuduh org lain.

adam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
adam berkata...

bukankah mereka didapati bersalah memberi ic palsu kepada pati. sekarang mereka inginkan pampasan pula..

Zol berkata...

Berani juga mereka untuk meminta ganti rugi walaupun mereka didapati bersalah.

Zol berkata...

“Namun kita hanya akan membuka mulut, jika Kerajaan BN bersedia menebus dosa mereka dengan meminta maaf secara terbuka dan membersihkan nama kami memalui pampasan yang dipersetujui bersama. Jika tidak, kami akan teruskan niat kami mengadu kepada PBB kerana BN telah melakukan kegiatan ‘Pemerdagangan Orang’ dalam skala terbesar melalui Skandal IC Projek ini,”

Benarkah ini? Siasatan harus dibuat untuk mengesahkan keterangan Yakub.

supra berkata...

tindakan mereka ni seolah olah mengugut kerajaan agar memberi pampasan kepada mereka. jika benar tak bersalah buktikanlah.

evan medhousky berkata...

"..mereka tidak pernah terlibat mengeluarkan IC Palsu, sebaliknya menandatangani semua kad pengenalan biru yang tidak diketahui untuk diberikan kepada siapa di Pusat Operasi JPN.."

kira terlibat la tu.. kenapa suka2 ja turun tandatangan kalau tidak tahu untuk siapa..

evan medhousky berkata...

saya setuju jika ISA dimansuhkan kerana peranannya terlalu kejam terhadap pesalah pihak yang belum dibuktikan bersalah.

lafizah berkata...

Kita tunggu dan lihat saja apa yang mereka akan lakukan. Sekiranya benar kenapa mahu menggunakan media merayu dengan semua ini kenapa tidak bawa kepihak berkuasa terus.

langsat berkata...

Tidak pasti samada kenyatan ini benar ataupun sebaliknya. Projek IC, PATI,... serahkan saja kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selanjutnya.

Jari berkata...

Jika ini merupakan satu cerita yang benar, maka BN sudah patut mengalah. Tapi yang peliknya, bukankah beliau sudah memberi kenyataan secara terbuka, meskipun belum masuk ke mahkamah. Tambah pelik lagi, meminta pampasan? Jika dibayar pampasan mereka akan berdiam diri? Sama juga dengan menerima rasuah.

Jari berkata...

Kalau benar ingin menegakkan keadilan buat laporan hitam putih kepada mahkamah. Tidak perlu menunggu meminta pampasan lagi. Tebus semula kesilapan kamu dahulu, siapa suruh terus menandatangan dokumen tanpa usul periksa. Mungkin pada masa itu kamu dijanjikan 'pulangan'. Kamu pula antara dalang-dalang penghancuran negeri. Sungguh memalukan.

langsat berkata...

Mungkin ada salah faham yang berlaku. Mengapa perkara ini boleh berlaku. Sebagai rakyat biasa, perkara ini terlalu sukar untuk dijelaskan?? hanya pihak tertentu sahaja yang mengatahui dan pasti ada sebab2nya.

lafizah berkata...

Mereka yang ditangkap ISA sebab projek IC tersebut seharusnya sedar dengan kesalahan sendiri. Janganlah mahu mengaitkan orang lain dengan apa yang telah berlaku.

Paquin berkata...

Ini barulah tak pandai sedar diri. dah buat salah, tunding jari la pula. huhu

Paquin berkata...

Saya pun hairan tombolo... Entah kenapa mereka nak minta ganti rugi. Sepatutnya dorang sedar akan kesilapan diri; ini tak mahu babitkan pihak lain lagi.. alahai!!!

Paquin berkata...

Betul supra. malah tindakan dmereka ni juga jelas membuktikan mereka mmg bersalah dalam hal ni. hahhahaa, kantoi!!

Paquin berkata...

Samada hal ni betul atau tak saya harap perkara ni dapat disiasat dan diperjelasakn supaya hal ni tak menimbulkan andaian buruk terhadap BN.

Paquin berkata...

Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik demi kebaikan bersama.

Jonny berkata...

Adakah mereka mahu membersihkan nama, ataupun mengugat BN semata-matanya mahu mendapatkan pampasan?

moon berkata...

Kini ada saksi relevan yang sanggup keluar memberi keterangan, apa lagi pihak yang bertanggung jawap tunggu.

mike berkata...

rakyat Sabah yang hidup pada zaman itu tahu akan 'projek ic' ini..manakan seorang Pakistan yang kononnya lahir di beaufort tetapi tidak memiliki sebarang dokumen sijil kelahiran memiliki IC? apatah lagi lagu kebangsaan pun tidak tahu..inilah antara kesan dan bukti projek ic yang didalangi oleh tun M.

mike berkata...

kini kerajaan negeri dibebani dengan masalah PATI 'berlesen' ini yang semakin berani menuntut hak yang sama seperti anak jati sabah seperti tanah dan sebagainya..PATI berlesen inilah yang sebenarnya PENDATANG.

mike berkata...

kekangan politik tidak harus berlaku bagi melindungi pengkhianat negara dan penjenayah ini...gara2 perbuatan pemimpin BN terdahulu maka pemimpin sekarang menjadi mangsa..mereka terpaksa menanggung beban yang diwariskan kepada mereka.

mike berkata...

hal ini tidak perlu dinafikan lagi kerana bukti yang jelas berada di merata-rata tempat di sabah..pihak berkenaan seharusnya menyelesaikan isu ini dan bukannya melindungi individu2 berkenaan yang bertanggungjawab gara2 kepentingan politik peribadi.

mike berkata...

kesedaran rakyat akan seriusnya isu ini kian meningkat..jika kerajaan membutakan mata, mempekakkan telinga, mengikat kaki dan tangan mereka maka tidak mustahil istilah 'fixed deposit' itu akan hilang selamanya.

mike berkata...

IMM13 juga seharusnya dihapuskan..negara2 berkenaan kini bukan lagi dalam suasana peperangan..oleh itu kerajaan wajib menghantar mereka yang memegang IMM13 dan kaum kerabat mereka balik ke negara asal..jika negara asal mereka enggan memberikan kerjasama yang sepatutnya maka wajib diputuskan hubungan diplomatik itu bagi memudahkan kerja2 pembersihan.

mike berkata...

yang ditahan hanyalah ikan2 bilis..ikan pausnya dilindungi dengan kuasa politik..ikan paus itulah yang harus dipancing dan ditangkap kerana mengkhianat kepada negara serta melanggar perlembagaan malaysia secara sengaja dan terang-terangan.

alanbb berkata...

Ada orang berani tampil sebagai saksi, pihak yang berkenaan, apa tidakan kamu?

botkaki berkata...

Kesedaran rakyat terhadap bahaya IC projek tidak cukup.

ramarama berkata...

Dalang masih bermaharaja lela diluar sana. Tidak adil jika dalang tidak disumbat dalam penjara.

baba berkata...

Isu ini sudah terlalu lama berlanjutan. Kini saksi tampil, tindakan harus diambil.

jinn berkata...

Siasatan, siasatan, siasatan. Tidak habis membuat siasatan tetapi tiada penyelesaian.