Oleh: KREW SABAHKINI.NETKETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman diminta agar campur tangan dan memberikan penjelasan kenapakah terdapatnya perlantikan Ketua Kampung (KK) di beberapa kampung tidak wujud di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman?
Selain itu terdapat juga perlantikan Ketua Kampung berlebihan di Sulaman yang dibuat atas dasar campur tangan politik pemimpin tertentu yang telah menyalah gunakan kuasanya kerana perlantikan itu didapati tidak mencerminkan kehendak rakyat melalui sistem pemilihan secara demokrasi yang berteraskan keadilan sejagat.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran, Marsah Muyong membangkitkan perlantikan kurang wajar ini ini berdasarkan kepada komitmen Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk menyertai usaha mempertingkatkan status Mahkamah Anak Negeri (MAN) dan timbangtara (arbitration) oleh Ketua Kampung di peringkat kampung sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mempromosikan dan melindungi hak-hak orang asal di sesebuah kampung berkenaan.
Marsah menyatakan sokongan penuhnya terhadap cadangan untuk mengujudkan satu set kriteria dan proses pemilihan bagi jawatan Ketua Kampung, Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri oleh Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Hasmy Agam bagi memastikan perlantikan ke jawatan-jawatan berkenaan bebas dari campurtangan politik.
Semasa berucap merasmikan ‘Forum Sistem Perundangan Adat’ anjuran Suruhanjaya itu di Kota Kinabalu baru-baru ini, Hasmy berkata, isu pemilihan Ketua Kampung, Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri telah menjadi subjek yang menimbulkan kebimbangan serius di kalangan ramai orang terutama penduduk tempatan yang mahukan keadilan.
Marsah yang juga mantan Wakil Ketua Anak Negeri Tuaran, mempersetujui cadangan SUHAKAM itu kerana amalan melantik penjawat jawatan itu di negeri ini dilakukan oleh pemimpin politik di setiap kawasan dan daerah bukan berdasarkan kepada sokongan majoriti penduduk setempat.
Beliau mengambil contoh beberapa buah kampung di Kawasan Sulaman di Tuaran didapati mempunyai ketua kampung berlebihan meskipun tidak mempunyai bilangan penduduk yang ramai.
Berhubung dengan perlantikan itu, Marsah mahu kerajaan negeri menjelaskan kepada rakyat apakah garis panduan sebenar terhadap perlantikan ketua kampung, termasuklah bilangan penduduk yang berada di dalam pengawasan seseorang ketua kampung?
"Di Kawasan Sulaman Tuaran Kampung-kampung yang didapati mempunyai ketua kampung yang berlebihan adalah seperti Bolong Baru, Tambalang, Bolong, Sabandar, Lok Batik, Simpangan, Tajau, Kota dan Serusup yang kelihatan perlantikannya adalah berbaur politik meskipun terdapat beberapa buah kampung tidak mempunyai penduduk yang mencukupi untuk mempunyai 2 atau lebih ketua kampung.
"Sehubungan dengan cadangan SUHAKAM itu saya meminta Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MAHEINS) di bawah tanggungjawab Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor mengkaji semula perlantikan berlebihan beberapa Ketua Kampung yang didakwa telah menjawatnya hanya untuk mendapatkan elaun bulanan yang juga dilihat boleh menjejaskan kewangan kerajaan negeri.
"Yang malangnya terdapat perkampungan yang tidak wujud dan termasuk dalam kampung sedia ada seperti Lok Rantis (Perumahan Laya-laya), Bembangan (Kampung Bolong Baru), Suang Murut dan Pulau Bolong (Kampung Bolong), Seri Bayu dan Mentulid (Kampung Kota), Paka (Kampung Shabandar) dan ada lagi perlantikan lain yang tidak dapat disebutkan tetapi mempunyai ketua kampung," soal Marsah.
"Saya menyokong pendapat Hasmy, sekiranya perlantikan seseorang itu dikaitkan dengan tujuan politik maka adalah sukar baginya untuk mendapat sokongan mojoriti dalam setiap tindakan yang dirancang dan dengan akibat itu peranan yang pertanggungjawabkan kepadanya tidak mungkin akan berpaksikan kepada keadilan," kata Marsah yang pernah menjadi Wakil Ketua Anak Negeri Tuaran selama satu penggal.
Walau bagaimanapun selaku seorang penyokong Kerajaan di Tuaran, Marsah menyatakan kegembiraannya kerana dengan adanya perlantikan itu maka lebih ramai bilangan pemimpin UMNO di peringkat akar umbi yang berpeluang dilantik sebagai Ketua Kampung.

25 ulasan:
Apa punca yang menyebabkan berlebihan ketua kampung walaupun tiada kampung sebanyak itu? Diharapkan perkara ini akan disiasat oleh KM.
Adakah ada apa-apa penyelewengan daripada pentadbiran dahulu yang menyebabkan berlakunya perkara seperti ini?
saya harap ada penjelasan dan tindakan oleh pihak yang berkenaan untuk memperbetulkan keadaan yang sudah jelas tersasar dari landasan demokrasi yang berteraskan keadilan sejagat.
harap penjelasan dan tindakan bersesuaian berhubung pekara ini dapat dilakukan.
Sungguh menghairankan. Ada ketua kampung tetapi tiada kampung. Diharapkan perkara ini disiasat.
ya.. penjelasan perlu diberikan bagi memastikan samada kampung2 tersebut benar2 wujud ataupun tidak.
Mungkin memang ada sebab kenapa ada lebihan ketua kampung. Kita tidak pasti kenapa hanya mereka yang tertentu saja tahu apa kebenaranan dalah cerita ini. Harap penjelasan kepada semua perlu berhubungan dengan kes ini.
Macammana boleh berlaku dengan kampung tiada tapi ketua kampung ada. Ini memang menjadi tanda tanya. Tapi macam contoh Serusop. Memang ada dua ketua kampung. Kerana Serusop mempunyai pecahan kampung kecik lagi iaitu Kg Santing dan kg serusop. mitu sebab ada dua ketua kampung. Itu kita tahu sebabnya kerana ada pembahagian kecil kampung lagi. Ditempat lain kita kurang pasti. Jadi jangan asyik mengaitkan semua itu kerana politik. Mungkin ada sebab lain yang berlaku.900616
harap pekara ini dapat dijelaskan dan diselesaikan dengan sebaiknya..
selalunya jika kampung tersebut terlalu besar, akan wujud pecahan bagi memudahkan pengurusan kampung tersebut, mungkin inilah menyebabkan ia mempunyai lebih ketua kampung. bagaimanapun bagi hal ini, ia perlu diselidiki dan diperjelaskan agar tidak timbul kekeliruan.
Sememangnya tidak logik. Harap KM Sabah tidak ambil endah hal sebegini.
Apa sudah jadi di Sabah ini? Tiada kampung tapi ketua kampung dilantik?
tidak menghairankan perkara ini berlaku..ini disebabkan keinginan untuk mengekalkan kuasa dan kedudukan golongan ahli politik di kawasan tersebut dengan melantik kroni2 sebagai ketua kampung..
perlantikan ketua kampung, ketua daerah dan ketua anak negeri haruslah bebas dari pengaruh politik..perlantikan itu haruslah telus dengan mendapat sokongan dari penduduk setempat.
KM diharap akan campur tangan bagi menyelesaikan perkara ini..
harus dikaji semula perlantikan berlebihan beberapa Ketua Kampung yang didakwa telah menjawatnya hanya untuk mendapatkan elaun bulanan yang juga dilihat boleh menjejaskan kewangan kerajaan negeri..
bagi mana2 wakil rakyat yang menyalahguna kuasa mereka harus dikenakan tindakan undang2..di samping itu, harus dibekukan percalonan mereka pada PRU akan datang.
Lucu pekara ini berlaku. Bayangkan berita ini tersebar ke seluruh dunia, apa reaksi dunia terhadap Malaysia? Malu.
MUngkin nanti terjadi ada ketua menteri yang berlebihan tanpa negeri.
Harap pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
aiks.. pa cita boleh jadi mcm ni? huhuhu
Harap hal ni dapat disiasat dan diperjelaskan supaya tak timbul sebarang salah sangka :)
Hal ni mcm susah mahu percaya pula. Tapi kalau betul ketua kampung ada tetapi kampung tiada rasanya hal ni pasti akan jadi buah mulut org. huhu
Sebelum keadaan tambah keruh ada baiknya hal ni disiasata dan ditanggani segera. Jangan biarkan masyarakat berfikiran yg bukan2.
Apapun sebelum hal ni disahkan kebenarannya, janganlah kita buat sebarang spekulasi kerana ia hanya kan mengeruhkan keadaan saja.
Catat Ulasan