Selasa, 12 Oktober 2010

Kerajaan tarik balik pindaan bil Akta Pekerjaan


mznah mazlan Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Pentadbiran Najib Tun Razak hari ini menarik balik pindaan bil Akta Pekerjaan 2010 yang menerima kritikan dari kumpulan sivik yang melabelnya sebagai "draconian" dan zalim kepada para pekerja.

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Maznah Mazlan ketika membentangkan usulnya di Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau bagaimanapun, tidak memberi sebarang sebab kenapa langkah ini diambil. Bil ini sepatutnya dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini supaya dapat memberi laluan kepada ahli-ahli parlimen membahaskannya.

Kerajaan sebelum ini mengalu-alukan pindaan ini dengan menyatakan ianya akan menggalak lebih ramai rakyat menyertai atau menyertai semula tenaga kerja di sektor-sektor tertentu serta mengurangkan pergantungan kepada tenaga pekerja luar.

Pindaan-pindaan ini akan membolehkan para pekerja bekerja mengikut syif atau separuh masa di samping mendapat kemudahan seperti gaji, kebajikan dan cuti tahunan.

Sekat kebebasan pekerja

Bagaimanapun, pindaan-pindaan ini telah menarik kritikan yang meluas dari aktivis pekerja dan kesatuan sekerja yang mendakwa langkah baru ini akan menyekat kebebasan para pekerja di sektor industri.

Kumpulan ini juga mendakwa beberapa cadangan akan memberi kesan buruk, menyekat para pekerja untuk mendapat keadilan apabila majikan mereka memberhentikan mereka bekerja, seperti undang-undang sekarang.

Cadangan pindaan itu juga mengenal pasti beberapa golongan pekerja tidak boleh membawa kes mereka ke mahkamah perindustrian.

Bukan itu saja, kata para aktivis buruh, pindaan-pindaan ini akan memihak kepada syarikat-syarikat gergasi berbanding para pekerja di semua peringkat perjawatan.

Pindaan-pindaan ini termasuk kebajikan para pekerja separuh masa, godaan seksual di tempat kerja, perlindungan gaji dan lebih klausa berhubung cuti tahunan dan kebajikan.

1 ulasan:

orangkampong berkata...

Baru kali ni aku dengar kerajaan tarik balik akta dibahaskan.Nampak gaya ada akta lain yang patut kena tarikh juga !.

MP Pakatan patut asak lagi kuat-kuat dan jangan berhenti, supaya akta-akta zalim ditarik juga .

Rakyat tetap bersama MP yang memperjuangkan nasib rakyat !!!!.