Jumaat, 15 Oktober 2010

Khairy, Pemuda Umno Berpura-pura Berjuang Hak Golongan Pekerja

Oleh Suara Keadilan

psm1SHAH ALAM - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertikaikan tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang secara tiba-tiba menggesa kerajaan melaksanakan dasar gaji minima sambil menyifatkan peralihan sikap ini tidak ikhlas dan lebih kepada opportunisme politik.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan berkata imej yang ditonjolkan oleh Khairy Jamaluddin sebagai jaguh golongan pekerja perlu disandarkan kepada pendirian beliau dan sayap Umno yang diterajuinya berhubung isu kenaikan harga barangan keperluan harian.

"Sekiranya Khairy benar-benar ikhlas berminat mengenai untung nasib golongan pekerja di negara ini beliau perlu menerangkan antara lain mengapa kerajaan memperkenalkan bahagian perkhidmatan swasta di hospital awam. Langkah ini sudah tentunya memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah. Apakah pendirian Khairy dan Pemuda umno di dalam perkara ini?

"Kerajaan juga bercadang meminda Akta Pekerja yang akan condong kepada kepentingan kaum pelabur dan mengorbankan hak golongan pekerja," kata PSM dalam kenyataan medianya.

Arutchelvan menegaskan Khairy dan Pemuda Umno haris konsisten dalam sikap mereka berhubung isu berkaitan hak pekerja di negara ini dan bukan menggunakannya untuk kepentingan politik sempat mereka.

0 ulasan: