Oleh Penarik beca
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mendakwa akaun 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) ada percanggahan dan mengalami masalah serius (lihat Malaysian Insider 20/9/10 "Anwar dakwa akaun 1MDB canggah, alami masalah serius" dan "Anwar takes aim at 1MDB’s finances"). Ada Mamat yang dok main dalam dunia korporat kata, apa Anwar cakap tu betul.
Ada juga yang cakap angka yang Anwar sebut tu tak betul. Tapi bila ditanya adakah apa yang dibangkitkan oleh Ketua Umum PKR itu betul atau tak betul, tak pula dia kata tak betul (sebut PKR, nampaknya sakan sungguh puak tu debik-mendebik sesama sendiri - "Anwar sent GWT to secretly undermine Zaid"?)
Saya tak pernah pijak persada korporat. Bukan tak teringin. Teringin. Tapi pasai saya ni sekolah menengah pun tercicir dan jenis pakai selipar pulak tu, saya bimbang puak korporat lari lintang pukang bila saya masuk ofis depa.
Tapi bila Mamat korporat pun tak berani kata dakwaan Anwar tu tak betul, takkan aku yang kutu ni pandai-pandai nak kata sebaliknya.
Ketika tidak ada pun jawapan melampaui keraguan untuk mengkojolkan dakwaan Anwar itu, tup-tup Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan seronok sakan kerana 1MDB dah untung terbahak-bahak (lihat Malaysian Insider semalam "PM says heartened by RM425m 1MDB profit").
Nak sebut sekali lagi, saya tak pernah pijak korporat.
Yang saya nak habaqnya, kalau kutu yang tak pernah dan tak reti nak main korporat ni pun tak percaya 1MDB untung sakan, takkan mamat-mamat korporat boleh percaya (baca Malaysian Insider "Pua says 1MDB profits suspect"). Itu andaian saya la. Saya mana la nak ada peluang menciluk ilmu dari McKinsey atau Boston (ada pula Mamat korporat yang kata, apalah sangat McKinsey tanpa Kenichi Ohmae).
Satu-satunya kejayaan 1MDB yang saya percayai ialah aksi sondol-menyondol di atas (gambar ihsan WorldShowBiz).
Tapi, fikir-fikir pula, takkan 1MDB tak boleh menggondol impian besarnya. Tokoh-tokoh dalam tu khabarnya semua hebat-hebat belaka. Ada orang kata mereka adalah orang-orang terpilih. Khabarnya dipilih oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Hampa jangan main-main. Rosmah bukan calang-calang. Dia pernah mengaji di Louisiana State University wo! Aku, tang mana Louisiana tu pun aku tak tau.
Bukan takat tu ja, dia pernah jadi Business Development Manager kat Island and Peninsular. Apa yang dia bisnes, apa yang dia develop, tentu la hebat-hebat semuanya. Dengan kehebatan Rosmah membisnes dan mendevelop, tokoh-tokoh dalam 1MDB sah-sah hebat semuanya. Ada tauke beg tangan dan barang-barang jenama mewah (khabarnya ada isteri pemimpin PAS yang melaram dengan beg tangan LV ketika ikut suami depa pi muktamar. Amboi!). Ada India jual kain baju (baca posting Syed Akbar Ali "Peculiar friends of 1Malaysia Development Bhd").
Janganlah pulak nak tuduh 1MDB kerjanya mengisi poket, wardrobe dan kerakusan Rosmah.
Apa pun, yang orang dok bercakap, circle "first lady" tentu la hebat-hebat belaka. Jangan dok ambik pot la apa yang Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz kata, "some have already resigned from the board because they cannot stand excessive meddling". Mampoih pi la berita Malaysiakini 20/9/10 bertajuk "1MDB: Another financial scandal in the making?"
Jangan peduli la hutang sampai US$7 bilion, projek apa pun tak dak. 1MDB lah katakan!
Jangan peduli la jargon-jargon puak-puak ekonomi yang berlambak-lambak dalam fantasi ekonomi Najib dan segala akronimnya seolah-olah macam bagi tau kita yang kerajaan Model Baru Ekonomi (MBE) macam buat stadium dahsyat-dahsyat punya hebat, tapi ahli sukan haram sekoq tak dak. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun takat boleh menujumkan sahaja kemungkinan bajet untuk sumber manusia akan naik. Kalau setakat menujumkan sahaja, ramai pembantu am dan pencari fail di pejabat-pejabat kerajaan yang boleh buat kerja tu.
Dan, jangan peduli la bajet untuk Kementerian Pelajaran dikerat-kerat sepuas-puas hati sampai lebih ciput dari ciput. Jangan peduli la bajet MARA untuk bagi budak-budak mengaji dipotong-potong sesuka hati. Hidup Melayu!
Yang penting, suami Rosmah dah seronok sakan nampaknya dengan keuntungan gigantic 1MDB. 1MDB dah berjaya membuat magic macam yang Syed Akbar Ali kata dalam postingnya, "The strange case of 1Malaysia Development Berhad, Mubadala, Petro-Saudi, Taek Jho Low". Fuh! Hebat!
Rais buta mana harta negara & Umno
1 jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan