| BERNAMA | ||
| |
Kesemua parti ini dijangka mengumumkan calon mereka hujung minggu ini.
Beberapa nama yang disebut-sebut, termasuklah ahli politik berpengaruh dan bekas ketua menteri dan Presiden SAPP
Datuk Yong Teck Lee; bekas ADUN Sungai Sibuga dan naib presiden PBS Datuk Thien Fui Yun, wakil BN; dan Ketua PKR Batu Sapi Hassnar Ebrahim.
Berdasarkan kelayakan calon, tiada satu pun akan menang mudah walaupun BN mempunyai peluang lebih cerah selepas pembangkang berpecah.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga setiausaha PBS, Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam nahas jalan raya di Kota Kinabalu pada 9 Oktober.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 26 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 4 November hari pengundian. Terdapat seramai 25,582 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pemilih pos di kawasan itu.
Banyak faktor menjadikan pilihan raya kecil Batu Sapi menarik selepas tsunami politik membadai negara pada 2008 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Walaupun di atas kertas, kawasan ini dianggap sebagai kubu kuat BN yang menguasai kedua-dua kerusi negeri - Karamunting dan Sekong - kemunculan SAPP dan Pakatan Rakyat terutama PKR, mungkin boleh mengubah skrip melalui 'perikatan strategik' pembangkang.
"Saya fikir majoriti rakyat Sabah termasuk di Batu Sapi menerima atau telah mengamalkan konsep 1Malaysia sejak zaman dahulu kala. Kami mempunyai sejarah perpaduan yang panjang dalam kepelbagaian budaya, sebab itu perdana menteri kita telah menggambarkan Sabah sebagai 'role model' terbaik gagasan 1Malaysia.
"Tambahan pula, konsep 1Malaysia adalah baik untuk kita, terutama ia memberi tumpuan mengenai perpaduan kebangsaan dan pembangunan ekonomi untuk semua.
"Saya percaya rakyat Batu Sapi telah menikmati kemajuan pesat di bawah pimpinan BN, termasuk kemudahan asas dan bantuan lain seperti subsidi untuk nelayan," kata penganalisis politik tempatan dan bekas wartawan Othman Hamid kepada Bernama.
Katanya, prinsip konsep 1Malaysia perlu dijelaskan dengan terperinci kepada rakyat, terutama di peringkat akar umbi untuk capai hasil yang diinginkan.
"Dari pemerhatian saya sebagai wartawan lebih dari 30 tahun, Batu Sapi tidak diragui lagi adalah kubu kuat BN, terutama bagi kerusi negeri Sekong yang mempunyai wakil Umno di DUN.
Tetapi politik di Sabah tidak menentu dalam erti kata kekuatan sokongan boleh bertukar dari masa ke masa seperti yang dibuktikan dalam pilihan raya umum 1985 dan 1994 terutama di kawasan yang dikuasai pengundi Cina.
Apa lagi jika SAPP meletakkan presidennya (Datuk Yong Teck Lee) sebagai calon dan PKR mengetengahkan calon bumiputera beragama Islam untuk pilihan raya kecil Batu Sapi," katanya.
Othman berpendapat walaupun pembangkang - SAPP dan PKR dilihat seperti berpecah, mereka masih lagi boleh mengadakan pakatan strategik untuk beri kejutan.
"Jika undi di kalangan bumiputera Islam berpecah dua, pengundi Cina sudah pasti menjadi faktor penentu dan jika ini berlaku, parti pemerintah akan berada dalam kedudukan rumit. Jadi saya jangka persaingan adalah sengit bagi pilihan raya kecil Batu Sapi," katanya.
Bagaimanapun, Othman percaya BN masih lagi menjadi pilihan utama rakyat Sabah di Batu Sapi kerana hanya parti yang memerintah sahaja yang boleh memberi pembangunan yang diperlukan untuk rakyat di kawasan itu.
Menurut Othman, kerajaan Sabah mempunyai kedudukan kewangan yang bertambah baik di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan ini mungkin satu kelebihan untuk BN mengekalkan kerusi Batu Sapi.
Keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi juga tidak memberi apa-apa perubahan kuasa di Parlimen selepas parti pemerintah memperolehi kerusi majoriti. Kalah atau menang tidak menjejaskan BN.
Jika BN mencatatkan kemenangan, ia menandakan sokongan kepada kerajaan untuk konsep 1Malaysia serta agenda BN yang lebih baik oleh rakyat Batu Sapi di Sabah iaitu digelar 'fixed deposit' untuk BN.
Sebaliknya, jika pembangkang memenangi pilihan raya kecil itu, ia akan memberi keyakinan kepada parti tersebut untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

33 ulasan:
Batu Sapi mungkin merupakan kubu kuat BN. namun BN tetap perlu bekerja keras dan teruskan usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Sememangnya Sabah adalah kubu kuat BN, bagaimanapun BN kenalah sentiasa berusaha dalam memastikan setiap kelemahan perlu diselesaikan agar sokongan penduduk Batu Sapi akan memihak kepada BN.
Sabah yang sinonim dengan panggilan Negeri di Bawah Bayu, tidak saja kaya dengan keindahan semula jadi tetapi ia juga kaya dengan kepelbagaian suku kaum dan warisan budaya penduduk. Walaupun berlainan agama dan budaya, penduduk di negeri ini sentiasa menunjukkan sikap saling menghormati dan bertolak ansur. Konsep 1Malaysia yang akan diuji di Batu Sapi pasti tercapai.
Penentu kemenangan parti adalah bergantung kepada undian penduduk di Batu Sapi. Pastikan anda mengundi dengan bijak.
BN mempunyai kelebihan sebagai sebuah parti pemerintah yang mampu membawa pembangunan, disamping keberkesannan kepimpinan Musa Aman dalam memacu ekonomi Sabah. kelebihan ini perlu digunakan sebaik2nya untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
lakukan persiapan dari sekarang dan jangan ulangi kekalahan di Sibu. walaupun jika BN kalah tidak akan membawa perubahan kuasa di Parlimen, namun kekalahan itu bakal membawa gambaran negatif tentang hala tuju BN dalam PRU13 akan datang.
BN perlulah sentiasa bersiap sedia walaupun Batu Sapi merupakan kawasan kuat BN.
Semoga yang terbaik akan menang. Batu Sapi, keputusan terletak di tangan anda.
Harapan kita gagasan 1 Malaysia akan berjaya nanti. Batu Sapi antara tempat yang pelbagai kaum. Kita tengok dan lihat kejayaan BN nanti.
Rakyat perlu juga memandang ke hadapan, bukan sekadar menoleh ke belakang sahaja.
Walaupun dulu BN kuat di Batu Sapi, tidak semestinya akan datang dia tetap kuat.
Pengundi perlu juga melihat kemampuan calon BN bertanding nanti.
Ibarat kalau kereta saja yang baik dan laju tapi kalau pemandu seorang yang penakut, tak guna juga kan !.
BN masih perlu berusaha lagi untuk mendapat sokongan penduduk Batu Sapi walaupun Batu Sapi adalah kubu kuat mereka.
PRK Batu Sapi ini akan berlangsung dgn sengit, rakyat menentukan calon mana yg menang
Saya pasti pengundi akan mengundi calon yang terbaik berdasarkan prestasi mereka.
Rakyat Batu Sapi telah menikmati kemajuan pesat di bawah pimpinan BN, termasuk kemudahan asas dan bantuan lain seperti subsidi untuk nelayan. Ini membuktikan BN berdedikasi untuk membangunkan Batu Sapi dan menjaga kebajikan rakyat.
Apa2x pun, ia terpulang kepada rakyat Batu Sapi untuk menilai calon mana yang akan membawa kebaikan kepada rakyat.
Semoga calon yang terbaik akan terpilih. All the best!
Ya, itulah salah satu masalah PKR, iaitu parti kompenen mereka seperti SAPP enggan bekerjasama dan bersatu untuk bertanding. SAPP terlalu angkuh dan yakin bahawa mereka akan menang.
SAPP hanya boleh menang jika mereka berjaya mendapat sokongan bumiputra sebanyak 30 peratus. Kita tengoklah bagaimana keputusan selepas Pilihan raya kecil nanti.
walaupun BAtu Saoi sebelum ini milik BN, namun BN kena terus berusaha untuk mengekalkan sokongan rkyat.
Kenapa? Kerana ingin meletakkan calon dari bangsa majoriti di sana untuk meraih undian.
Memang orang Cina akan menyokong bangsa yang sama, tetapi jika calon tersebut terang-terangan tidak layak, tidak berguna juga. Apa pun, kita tunggu Ahad ini siapa jawapannya.
BN harus tidak lalai dan terlalu yajin akan menang pada PRK batu sapi..apatah lagi dengan kehadiran dua parti pembangkang iaitu SAPP dan PR..BN harus sentiasa bersedia bagi memastikan batu sapi tidak jatuh ke tangan pembangkang.
namun penentunya terletak di tangan pengundi batu sapi..oleh itu strategi politik yang sesuai harus dipakai untuk meraih sokongan rakyat.
calon BN akan diumumkan pada ahad ini..kita tunggu dan lihat siapakah yang akan menjadi pilihan untuk menjadi calon BN di PRK batu sapi..
SAPP dan PR juga dijangka akan mengumumkan calon pilihan mereka pada hari yang sama..jika SAPP dan PR meletakkan calon mereka, PRK batu sapi akan menyaksikan persaingan yang sengit 3 penjuru..
di sabah, konsep 1Malaysia sudah lama bertapak dan bukan satu isu di sabah berbanding dengan di semenanjung..BN berkemungkinan akan menang jika SAPP dan PR saling bersaing untuk mendapatkan sokongan dengan pengundi pembangkang akan terbahagi dua.
diharap PRK batu sapi akan berjalan dengan lancar..SPR haruslah menjalankan tugas mereka dengan telus.
Rakyat umum menerima dan menyokong konsep 1 Malaysia. Lain pula yang berlaku di Perhimpunan Agung 2010.
Undilah dengan bijak, apa jua konseo cuma jadikan sebagai panduan, lihat apa yang sebenarnya berlaku samada janji atau cadangan itu dikotakan.
Sudah lama perhubungan kaum di Sabah amat erat walau sebelum konsep 1 Malaysia dilahirkan.
Tidak perlu diuji lagi kerana Sabah adalah negeri yang sinonim dengan perhubungan kaumnya.
1 Malaysia.
Apa gunanya konsep ini diuji sedangkan wakil dari UMNO tidak nampak menyokong penuh konsep yang diilhamkan presiden mereka.
Konsep 1 Malaysai tidak perlu diuji dimana-mana tempat di sabah kerana sudah lama Sabahan hidup mesra tanpa persengketaan kaum.
Catat Ulasan