Oleh: MAHALI MUNTOKKORUPSI seringkali menjadi penanda aras ‘integriti’, namun di Labuan, Korupsi telah diterima sebagai satu komponen ‘Meritokrasi’ untuk mengukur kredibiliti seseorang sebelum dilantik memegang jawatan tertinggi di Perbadanan Labuan.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Zainuddin Hassan menyatakan bahawa sebelum ini beliau telah mededahkan ‘open secret’ bahawa Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Jusoh Salleh dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Yusof Mahal telah melakukan pecah amanah dan amalan rasuah.
“Mungkin Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan takut untuk mengambil tindakan atau Ketua Pesuruhjaya SPRM ada kepentingan sehingga dua ‘penjenayah kolar putih’ lepas bebas daripada sebarang tindakan undang-undang, malah turut berpeluang mendapat semua kemudahan, termasuk kenaikan pangkat atau emolumen,” ujar Zainuddin yang mencadangkan agar SPRM menutup pejabatnya di Labuan.
Kata Zainuddin, pihaknya telah melaporkan banyak kes rasuah di Labuan kepada SPRM sejak 2008, namun tidak satupun disiasat atau diambil tindakan menurut undang-undang, terutama setelah Pengarah SPRM Sabah, Puan Hajjah Latifah Md Yatim (Datuk) ditukar ke Pulau Pinang.
“Kita kesal kenapa Yusof Mahal yang mempunyai kes dengan SPRM dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan sejak 10 Oktober 2007 sehingga 9 Oktober 2010 (mungkin disambung lagi),” kata Zainuddin yang menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato Abu Kassim Mohammad dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail membuka semula kes rasuah Yusof Mahal yang khabarnya di ‘KIV’ setahun lalu.
SPRM, kata Zainuddin, sewajarnya menyiasat kenapa Jusoh Salleh membiarkan Jaminan Bank RM4 juta bagi projek bernilai RM24 juta tidak diperbaharui sehinggalah kontrak tersebut ditamatkan,” ujar Zainuddin yang mendakwa Jusoh bersubahat dengan Yusof Mahal; sedangkan dalam masa yang sama Perbadanan Labuan kerugian RM4 juta kerana gagal menuntut Jaminan Bank yang tidak diperbaharui setelah Labindo Engineering Sdn.Bhd (syarikat milik Yusof) gagal menyiapkan Projek Pasar Baru Labuan.
Sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (Pembangunan), Jusoh telah gagal secata total apabila kesemua empat projek Perbadanan Labuan iaitu Pasar Baru Labuan, Quarters Kerajaan, Parking Teksi dan Tapak Perniagaan Bumiputera; telah tidak dapat disiapkan oleh kontraktor yang dilantik dan terpaksa ditender semula.
“Jika KSN atau Menteri Wilayah Persekutuan berfikir tidak ada lagi pegawai yang layak menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan selain Yusof, sewajar KSN dan menteri berkenaan yang patut meletakkan jawatan,” cabar Zainuddin yang menggesa Perdana Menteri campurtangan sebelum rakyat Labuan dan Sabah marah kepada Kerajaan Persekutuan yang menganak tirikan penduduk Labuan dalam segala hal, termasuk jawatan penting dan peluang kenaikan pangkat.
Zainuddin menarik perhatian, jika ‘Jusoh Handphone’ dilantik sebagai Ketua pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan jika perlantikan Yusof Mahal sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan disambung satu penggal lagi, maka moto kerajaan 1Malaysia, ‘Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan’ hanya menjadi mimpi Najib di siang bolong.

23 ulasan:
mungkin tiada bukti kukuh Jusoh Salleh dan Datuk Yusof Mahal telah melakukan pecah amanah dan amalan rasuah.
Sepanjang masa Labuan ini kepunyaan kerajaan pusat, tiada sebarang pembagunan dilakukan tapi pelbagai isu-isu serius melanda penduduk Labuan.
Diharapkan hal ini akan disiasat sebaik mungkin dan tindakan yang wajar diambil. Diharapkan juga Labuan diberikan lebih banyak perhatian.
Rasuah merupakan punca kepada masalah serius di seluruh negara, ia patut diatasi.
siasat hal ini, jika benar ada unsur2 rasuah, ambil tindakan selanjutnya.
Kita boleh cakap apa saja kepada orang lain, kebaikan, keburukan dan kesalahan. Tapi apabila kita menuduh mereka dan bercakap apa sekalipun tidak ada guna sekiranya kita tidak ada bukti yang kukuh untuk menguatkan tuduhan tersebut.
Para pemimpin jauhilah dari rasuah. Rasuah adalah musuh negara. Kerana rasuah negara menghadapi masalah.
Perlu bukti kukuh untuk sabit kesalahan.
sebelum ini terdapat banyak laporan berkenaan dengan amalan rasuah yang berlaku di Labuan. seolah2 amalan rasuah di Labuan berada di tahap yang kritikal. sepatutnya dengan adanya laporan2 itu, pihak yang berkenaan telah melakukan operasi untuk menangani masalah ini..
saya harap kerajaan memandang serius dengan isu gejala rasuah di Malaysia dan lakukan 'pembersihan' di semua jabatan2 yang berpotensi berlakunya rasuah.
masalah rasuah perlu diambil serius, rasuah amat berbahaya dan boleh meruntuhkan sesebuah negara. oleh itu, tanganilah rasuah.
jika benar terdapat amalan rasuah, ianya perlu dibanteras..namun bukti kukuh diperlukan bukan hanya dengan bercakap tanpa bukti..
PKR sibuk ja dedah sana dedah sini.. Entah dorang ni betul2 bersih ka tak! huhuhu
Tetapi saya tak nafikan rasuh mampu menjahanamkan sesuatu perancangan yang dibuat. Malah lagi teruk jika tak dibendung ia akan membantutkan pembangunan negara:( huhuhu
Hal ni harus disiasat dan pastikan penjelasan dapat diberikan kepada umum bagi mengelakkan andaian -ve semakin menular.
kalau setakat cakap/ buat dakwaan saja.. Hal ni takkan kemana jika takda bukti. so kalau nak buat tuduhan haruslah berasas dan diiringi dengan bukti sah.
Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik demi kebaikan semua pihak.
korupsi harus diperangi habis-habisan..mereka yang didapati bersalah harus dihukum..kekangan politik harus ditembusi agar korupsi dapat dibendung sepenuhnya.
isu2 rakyat di labuan harus diberi perhatian yang sewajarnya dari kerajaan lebih2 lagi labuan merupaka salah sebuah wilayah persekutuan.
SPRM juga harus lah benar2 bebas dari sebarang kekangan politik dan harus berdiri dengan pendirian yang neutral..SPRM tidak harus membutakan mata mereka terhadap kes2 rasuah yang melibatkan pegawai tinggi kerajaan..tiada yang terkecuali..
diharap kes ini disiasat dengan telus oleh pihak berwajib.
Tiada negara yang dapat maju malah akan musnah dengan gejala rasuah bermaharaja-lela dalam negara itu.
Sejarah menusia telah membuktikan.
Banyak berita mengenai salah laku ahli politik dan pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi.
Kebanyakannya tiada tindakan susulan.
Mungkin tiada bukti.
Banyak kes-kes rasuah yang tidak selesai bakal membawa impak yang besar terhadap kerajaan dan mungkin akan menyebabkan kejatuhan kerajaan.
Catat Ulasan