KENINGAU: Mekanik kaki lima serta pemilik kenderaan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang, jika ingkar dengan arahan supaya ber henti menawarkan permintaan membaiki kenderaan di kawa- san kaki lima premis.
Pegawai Ekesutif Majlis Daerah Keningau (MDK) Alfian Koroh berkata, denda sehingga RM150 atau kompaun sehingga RM100 boleh dikenakan kepada mekanik yang menawarkan per khidmatan serta mereka yang meminta kenderaan dibaiki.
"Kedua-dua pihak boleh dikenakan denda dan kompoun," kata- nya.
Perkhidmatan membaiki ken- deraan di kawasan kaki lima premis, berleluasa di bandar kecil Keningau sejak bertahun-tahun lamanya, menyebabkan kegiatan itu menimbulkan pelbagai masalah yang antara lainnya kesesakan tempat letak kereta, serta kekotoran sisa minyak di kawasan itu.
"Mereka (mekanik kaki lima) membuang sisa minyak di parit, disamping kekotoran yang lain," katanya dan menambah, rata-rata parit di kawasan itu dipenuhi sisa minyak dan tersumbat.
Sebelum ini Majlis Daerah Keningau telah berulang mengeluarkan arahan 'berhenti' kepada individu-individu yang menawarkan perkhidmatan membaiki kenderaan itu, tidak pernah dipatuhi atas alasan perkhidmatan itu memberi kemudahan kepada orang ramai yang menghadapi masalah kerosakan kenderaan.
Lokasi-lokasi membaiki kenderaan kaki lima dan petak letak kenderaan, kebanyakannya dija lankan berhampiran dengan pembekal alat-alat ganti.
Alfian memberitahu, kebanyakan pengusaha alat ganti kenderaan memberi sokongan secara tidak langsung kepada mekanik- mekanik kaki lima ini.
Pegawai Eksekutif itu menasihatkan mereka supaya mematuhi arahan tersebut, dalam usaha memastikan bandar itu bersih daripada kekotoran sisa minyak.
Menjawab satu soalan, Alfian memberitahu, mekanik kaki lima boleh menjalankan perniagaan mereka di kawasan perindustrian yang telah dizonkan untuk aktiviti itu.
Sementara itu tinjauan yang dilakukan mendapati kegiatan itu masih berjalan, di samping orang ramai turut memberi sokongan atas alasan kebanyakan yang terlibat di kalangan penduduk tempatan.
"Kami meminta MDK supaya bertolak ansur," jawab seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, dan menasihatkan mekanik-mekanik kaki lima itu supaya mengutamakan kebersihan jika ia menjadi punca mereka dilarang beraktiviti di kawasan itu.
Beberapa mekanik yang ditemui turut merayu supaya dibenarkan beraktiviti di kawasan itu, atas alasan kegiatan itu menjadi tunggak ekonomi keluarga mereka.
"Kami hanya memperolehi di antara RM20 hingga RM30 sehari di sini," jelas mereka.
Mekanik-mekanik kaki lima ini rata-rata akan mengutamakan kebersihan, jika dibenarkan beraktiviti di situ

0 ulasan:
Catat Ulasan