MALAYSIA KINI
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedia berdebat dengan Timbalan Perdana Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong.
Katanya, ia susulan banyak kenyataan Muhyiddin yang menyerangnya supaya "bertaubat dan bertakwa" selepas ucapannya pada 21 Ogos lalu.
"Secara peribadi (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin tidak banyak mengecam saya.
"Yang suruh saya bertaubat, bertakwa (adalah) timbalan presiden Umno. (Jadi) elok saya bertemu dengan dia," kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Bahkan, tambah Mohamad, Muhyiddin juga ahli parlimen Pagoh - kawasan yang berdekatan dengan Bukit Kepong.

0 ulasan:
Catat Ulasan