Dato Sri Adnan Yaakub
Sepanjang ingatan saya, dia seorang ni sahajalah pemimpin UMNO dan pemimpin tertinggi kerajaan yang memberi kredit kepada parti pembangkang .
MB Pahang, Dato Sri Adnan Yaakub berkata beliau selesa dengan kehadiran wakil parti pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Pahang. Malah katanya kedudukan dalam DUN Pahang sekarang harus dipertahankan hingga selepas PRU akan datang.
Daripada 42 Ahli DUN Pahang, 4 diwakili parti pembangkang. 2 PAS dan 2 dari DAP.
“Tidak banyak masalah. Wakil-wakil pembangkang telah memainkan peranan dengan baik untuk check dan balance. Wakil Backbencers dan wakil pembangkang memahami keperluan rakyat dan pentadbiran kerajaan negeri.”
Adnan berkata demikian sebelum menangguh sidang DUN Pahang pada Rabu lalu.
Menyentuh mengenai isu merdeka, Adnan tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa Malaya tidak pernah menjadi tanah jajahan British.
Ahli akademik, Datuk Prof Dr Zainal Kling dan Datuk Prof Ramlah Adam daripada Majlis Professor Negara membuat dakwaan itu.
“Mereka mungkin professor, tetapi mereka mungkin tidak mengetahui segala-galanya”


0 ulasan:
Catat Ulasan