Khamis, 15 September 2011

MCA akan kemuka cadangan rampas S'gor

MALAYSIA KINI


MCA Selangor akan mengemukakan beberapa cadangan kepada BN negeri dan kebangsaan bagi merampas kembali Selangor dari pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, kata ketuanya, Senator Datuk Ir Donald Lim Siang Chai hari ini.

Lim, yang juga timbalan menteri kewangan mengakui MCA mungkin menghadapi tugas berat terutama di Lembah Klang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Bagaimanapun, meletakkan calon yang tepat akan meningkatkan peluang BN untuk menang.

“MCA telah membincangkannya dan sasaran kami ialah untuk merampas kembali Selangor untuk BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri 'Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang' Jabatan Akauntan Negara Malaysia di Putrajaya hari ini.

Pada masa ini, pembangkang menguasai 35 daripada 56 kerusi dewan negeri. - Bernama

0 ulasan: