Jumaat, 9 September 2011

PAS cabar Muhyiddin debat: Siapa pejuang sebenar kemerdekaan negara

MerdekaReview


PAS mencabar Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin untuk berdebat dengan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu dalam isu "Siapa pejuang sebenar kemerdekaan negara".

"Pihak PAS menyerahkan kepada pihak Muhyiddin (gambar kiri) bagi menentukan tarikh perdebatan tersebut. PAS mencadangkan tempat untuk diadakan debat tersebut adalah di Stadium Melawati, Shah Alam. Walau bagaimanapun, pihak PAS bersetuju sekiranya pihak Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini."

Dalam satu kenyataannya hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan bahawa kedua-dua Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu (gambar bawah) adalah layak untuk berdebat atas status kedua-duanya adalah Timbalan Presiden kepada parti masing-masing.

PAS mencadangkan tajuk perdebatan sebagai "Siapa Pejuang Sebenar Kemerdekaan Negara", malah mencadangkan demi keadilan kepada semua rakyat di Malaysia, agar debat bersejarah ini disiarkan secara langsung menerusi RTM atau siaran TV swasta.

"Penganjuran debat ini penting bagi merungkai isu yang menjadi polemik hangat dan menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. Debat ini diharap dapat membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan," kata Tuan Ibrahim.

PAS juga menyatakan kesediaan mereka untuk menerima siapa sahaja di kalangan NGO, Persatuan Akademik atau Institusi Pengajian Tinggi yang bersedia bekerjasama bagi menjayakan debat ini.

Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Muhyiddin agar menyahut cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak.

Baca: Mat Indera: Hegemoni UMNO semakin tercabar

0 ulasan: