KUALA LUMPUR- "No komen," jawapan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada wartawan yang hadir pada jamuan hari raya anjuran parti PAS Pusat di Taman Melewar petang semalam.
Beliau dilihat enggan memberi sebarang komen berhubung rakaman perbualan telefon berunsur seks di laman YouTube yang didakwa suaranya dengan seorang wanita.
Mohammad Sabu menyebut perkataan tiada komen setelah ditanya sebanyak tiga kali berhubung dengan isu tersebut.
Beliau menjawab tiada komen bagi ketiga-tiga soalan iaitu sama ada beliau sudah mendengar rakaman itu, sama ada mahu menafikan suara di dalam rakaman itu atau sebaliknya dan tindakan saman ke atas pihak yang menyiarkan rakamantersebut.

0 ulasan:
Catat Ulasan