Isnin, 10 Oktober 2011

Isu gereja: Tiada didakwa tapi 12 Muslim diberi kaunseling, titah Sultan

THE MALAYSIAN INSIDER


Sultan Sharafuddin Idris Shah. — Foto fail


KUALA LUMPUR — Sultan Selangor bertitah bahawa tiada pihak yang akan didakwa berhubung isu Gereja Methodsit Damansara Utara yang menjadi sasaran tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu ekoran dakwaan bahawa ada usaha memurtadkan umat Islam.

Sebaliknya Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar kiri) bertitah Jais akan menyediakan kaunseling kepada 12 Muslim yang menghadiri majlis kesyukuran yang dianjurkan di gereja tersebut pada tarikh tersebut.

“Selepas meneliti dengan mendalam laporan disediakan oleh Jais dan selepas memperoleh nasihat daripada pihak berkuasa agama dan pakar perundangan, kami memutuskan bahawa tiada pendakwaan akan dikenakan ke atas mana-mana pihak,” titah baginda dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

0 ulasan: