Johor memerlukan sebuah panggung teater bagi mengetengahkan akviti kesenian dan kebudayaan negeri itu khususnya dalam seni persembahan pentas, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.
Berucap pada majlis perasmian Karnival Kesenian Johor-Sounds of Johor di Taman Merdeka, Johor Baharu semalam, beliau berkata kemudahan itu juga akan dapat memperkayakan lagi produk pelancongan yang sedia ada di negeri ini.
"Johor mempunyai kumpulan kesenian dan kebudayaan yang berkeupayaan tinggi di dalam mengetengahkan kesenian dan kebudayaan penduduknya yang berbilang bangsa sebagai satu lagi bentuk produk bagi menarik pelancong," katanya.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum dan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit.
Mengenai Sounds of Johor yang dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan, Abdul Ghani berkata ia permulaan yang baik di dalam mengetengahkan kesenian dan kebudayaan negeri kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing.
Taman Merdeka yang dijadikan tapak karnival tersebut turut akan menjadi destinasi menarik yang baru di bandaraya ini bagi tujuan aktiviti seperti itu, katanya.
Salang ketika berucap berkata karnival yang diadakan itu dapat menyuburkan semangat kecintaan terhadap hasil kesenian dan kebudayaan di Johor.
Persembahan oleh kumpulan pelbagai kaum dapat membantu memperkukuhkan keharmonian di kalangan masyarakat selain mengelakkan kesenian dan kebudayaan setiap kaum itu lenyap ditelan zaman, katanya.
Dawos dalam ucapannya berkata Johor masih mempunyai banyak lagi produk pelancongan yang belum diketengahkan secara optimum kepada umum.
Antara yang berpotensi ialah aktiviti menyusuri Sungai Muar untuk melihat kunang-kunang di pokok-pokok berembang yang banyak terdapat di tebing paya bakau sungai itu dan juga tapak Ramsar Pulau Kukup, Sungai Pulai serta Tanjung Piai, katanya.
Apa yang penting pada masa ini menurut Timbalan Menteri itu ialah menggunakan strategi kluster di dalam mempromosikan produk pelancongan itu agar pelancong menginap dan membelanjakan wang mereka di negeri ini.
Karnival itu yang bermula Jumaat lepas sehingga hari ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan Ghazal tanpa henti selama 24 jam oleh tujuh kumpulan Ghazal bagi mendapatkan pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records.-- Bernama

0 ulasan:
Catat Ulasan