Jika publisiti, tidak kira positif atau negatif, merupakan tujuan Kelab Isteri Patuh Malaysia (KIP), maka buku panduan seks barunya itu merupakan satu kejayaan. Di sebalik menerima hentaman daripada kumpulan-kumpulan pro-wanita, pemimpin-pemimpin agaman dan kerajaan, penjualan lancar – seks laris.
Tetapi apakah yang kontroversinya mengenai buku panduan KIP itu? Pertamanya, komuniti Muslim masih malu untuk berbincang tentang perkara-perkara itu secara terbuka. Jadi judul buku itu adala untuk memprovokasi Seks Islam, Perangi Yahudi untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia.
Walau bagaimanapun, muka belakang buku itu yang menarik perhatian ramai. Ia mencadangkan kenikmatan ‘seks serentak’, yang boleh dimaksudkan sebagai orgi.
Selaku pemimpin roh, kebolehan yang Allah izinkan kepada mereka ialah boleh serentak dengan isteri-isteri melakukan hubungan jenis. Manakala kalau isteri pun orang roh, lagilah hebat. Ke mana-mana terbang untuk atau melakukan hubungan sulit itu dalam keadaan lebih nikmat dan lebih ringan disbanding dengan perlakuan yang menggunakan fizikal. Untuk itulah Abuya sedang proses isteri-isterinya kea rah roh.
Ini adalah kata-kata yang ditulis di muka belakang. Ketua kelab itu tidak dapat dihubungi untuk memberi penjelasan. KIP merupakan sebuah unit daripada Al-Argam yang telah diharamkan, yang mempraktikkan poligami. Pemimpinnya, arwah Asaari Muhammad, digambarkan pada kulit buku itu. KIP dan Kelab Poligami Ikhwan adalah dua pergerakan yang menggunakan seks untuk menarik minat orang untuk menyertai kumpulan mereka.
Kecoh
Tidak perlu disebut lagi, umpulan-kumpulan pro-wanita telah menghentam KIP, yang tidak asing lagi daripada kontroversi.
Awal tahun ini, nasihat naib presiden KIP Rohaya Mohamad yang mengatakan wanita harus bersikap seperti pelacur di bilik tidur supaya suami mereka tidak lari menimbulkan kekecohan di berita-berita tempatan dan antarabangsa.
Pengarah Eksekutif Sementara NGO Muslim Sisters in Islam Ratna Osman menghentam “lagak murah” terbaru kumpulan itu, mendakwanya untuk mencari publisiti di media tempatan dan antarabangsa.
Beliau berkata kumpulan itu gagal untuk melihat permintaan masyarakat, yang menyeru untuk hak persamaan di antara jantina dan peningkatan dalam pendidikan.
“Selain daripada menyebut soal penaklukan suami ke atas isteri dan bagaimana untuk memberi mereka seks terbaik, mereka tidak ada apa-apa yang kukuh untuk disumbang kepada masyarakat di mana kita mempunyai banyak masalah,” Star melaporkan kata-kata Ratna.
Ratna juga menyatakan bahawa “tiada dalam Quran yang menyebut perkahwinan itu hanyalah untuk seks dan berkhidmat untuk suami semata-mata. Quran juga menyebut tentang kasih sayang terhadap masing-masing.”
Beliau mempertikaikan sumber buku itu, yang menyebut wanita hanya memberi 10% kepada suami mereka daripada apa yang mereka mahu daripada tubuh isteri-isteri mereka.
Ratna berkata kajian SIS mendapati 64.8% isteri pertama tidak diberitahui apabila suami mereka berkahwin lagi, yang menjurus kepada perasaan dikhianati, dan 53% daripada mereka menyebut peningkatan dalam keganasan rumah tangga.
“Bagaiman KIP merespon kepada hal ini dalam misi mereka untuk mengajar seks yang bagus? Adalah buku KIP akan membantu wanita-wanita ini dalam masalah mereka?” soal Ratna.
Sementara itu, Jabatan Agama dan Kebajikan Islam JAKIM berkata ia akan mengehadkan pengedaran buku itu, yang dilihat sebagai sesuatu yang “memalukan” dan “mengarut”.
Di bawah adalah pandangan organisasi-organisasi lain yang dilaporkan oleh The Star:
Pengarah Eksekutif Women’s Aid Organisation Ivy Josiah menggambarkan buku itu sebagai “cara kodi” untuk menaikkan profil mereka. Tetapi beliau tidak setuju untuk buku itu diharamkan kerana rakyat berhak ke atas pendapat mereka.
Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah berkata pendirian yang diambil oleh KIP merupakan “tamparan ke wajah wanita. Wanita telah banyak berbakti kepada negara tetapi mereka telah menjadikan kita sebagai objek seks semata.”
Pengurus Program All Women’s Action Society Betty Yeoh berkata “dua tangan diperlukan untuk bertepuk” dan kedua suami isteri harus memainkan peranan masing-masing dalam perkahwinan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom berkata mereka akan menyiasat isi kandunga buku itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Shahrizat Abdul Jalil berkata kementeriannya percaya bahawa kelab tersebut serta pegangannya telah memperlekehkan usaha-usaha penting untuk mencapai kesama rataan jantina di Malaysia.
“Sekiranya penerbitan ini bercanggah dengan undang-undang sivil atau syariah, maka undang-undang itu akan dilaksanakan,” katanya.
- Malaysia Chronicle

0 ulasan:
Catat Ulasan