Malaysia berada pada kedudukan ke-19 daripada 156 negara di dunia yang mempunyai tahap pencegahan jenayah terbaik, kata Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Datuk Kamarudin Md Ali.
Beliau berkata, untuk menambah baik kedudukan itu, yayasan akan meningkatkan program kesedaran secara berterusan kepada orang ramai dalam usaha mencegah jenayah di negara ini.
"Pihak polis dapat menangani kes jenayah, manakala pihak yayasan pula boleh membantu memberi kesedaran kepada orang ramai melalui program-program yang diadakan," katanya pada sidang media di Langkawi, hari ini.
Katanya, beberapa program pencegahan seperti program 'Sekata' yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diadakan di seluruh negara bagi memastikan mesejnya sampai ke peringkat akar umbi.
Program pencegahan jenayah itu, katanya, akan diadakan pada kalangan pelajar universiti dan belia di negara ini.
"Yayasan akan memberi tumpuan kepada golongan belia supaya golongan itu dapat mengelak dan mencegah jenayah," katanya.- Bernama
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
11 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan