GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Presiden Amanah Tengku Razaleigh Hamzah 'hidup dalam dunia sendiri' dan bersikap tidak realistik dalam menyatakan reformasi perlu dijalankan terlebih dahulu jika sebarang pilihanraya umum dilakukan.
Karpal berkata, bekas presiden Semangat 46 itu 'terlepas peluang terbuka' menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas membubarkan Semangat 46 dan menyertainya UMNO.
Beliau turut menyindir Tengku Razaleigh Hamzah dan berkata pengikut setianya telah mengkhianati perjuangan beliau dan kini menjawat jawatan menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak, merujuk kepada Datuk Seri Wira Utama Rais Yatim dan Datuk Ahmad Shabeery Chik.
Karpal turut menempelak Tengku Razaleigh, lebih dikenali sebagai Ku Li kerana lemah dan tidak mempunyai stamina bertahan dalam politik kem pembangkang dan tunduk kepada perangkap politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh kritikan kerap Ku Li yang didokumenkan dalam sebuah buku 'Kesilapan-kesilapan Najib' (Kesilapan Najib), hasil tulisan bekas Timbalan Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju Shahbudin Husin menunjukkan sikap sebenar pemimpin tersebut dan parti UMNO yang berpuak-puak untuk menjatuhkan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO.

0 ulasan:
Catat Ulasan