Isnin, 14 November 2011

Mydin nafi barangan 1Malaysia tak bermutu


Kuek Ser Kuang Keng

Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, hari ini menangkis sebahagian besar tohmahan, khususnya daripada ketua antagonis, Tony Pua - bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.

NONEPada sidang akhbar yang diadakan khas di gudangnya di Kelana Jaya, petang ini, pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang diiringi beberapa pembekal barangan yang didakwa kualitinya mencurigakan itu, membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka.

Katanya, hanya satu daripada 10 dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Ton Pua dianggap sah, iaitu berkenaan sos tiram syarikat tersebut.

Justeru, katanya, Pua berlaku tidak adil kepada pembekalnya dan menggunakan taktik kotor.

NONEDakwa Ameer lagi, dakwaan Pua juga tidak berasas dan “separuh benar” kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah.

"Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu,” bidasnya terhadap Pua yang lulusan Oxford itu.

0 ulasan: