PAHANG DAILY
KUANTAN - Sebelum ini kita dikhabarkan TPM Muhyiddin Yassin kecewa dengan tindakan beberapa buah sekolah yang didakwa memotong sebahagian daripada wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan. Malah beliau dengan tegasnya mengarahkan mana-mana sekolah yang terlibat agar memulangkan semula wang tersebut kepada ibubapa yang berkenaan. Namun, senarionya berbeza bagi ibubapa pelajar di Sekolah Kebangsaan Teruntum dekat sini semalam.
Rata-rata dikalangan mereka kecewa kerana, bantuan tersebut terpaksa dipotong gara-gara tindakan "tidak bijak" pihak berkuasa menyaman kenderaan mereka yang diletakkan diluar pagar sekolah terbabit.
Menurut seorang ibu pelajar yang ditemui, beliau kecewa kerana tindakan tersebut menyebabkan wang yang diperolehi untuk perbelanjaan persekolahan anaknya terpaksa digunakan untuk membayar kompaun saman trafik antara RM30 hingga RM70.
"Bayangkan, saya datang dari Gebeng meninggalkan waktu kerja kerana dimaklumkan pemberian wang hanya dibuat hari ini (semalam). Dah lar nak masuk ke dalam kawasan sekolah tidak dibenarkan, maka saya terpaksa parking diluar pagar kerana melihat orang lain pun terpaksa buat begitu. Dalam masa tergesa-gesa terpaksa pergi ke kelas anak untuk ambil wang tiba-tiba dapat pula saman trafik", kata beliau.
[Pihak berkuasa sepatutnya faham dengan situasi semasa menjalankan tugas mereka. Malah, tinjauan kami ke sekolah terbabit juga mendapati memang benar ruang parking yang terdapat di dalam kawasan sekolah hanya dikhaskan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah terbabit. Ini menyebabkan ibubapa terpaksa meletakkan kenderaan mereka diluar pagar sekolah.
Sepatutnya, pihak berkuasa faham dengan situsi ini. Mereka wajar bertimbangrasa dan mengambil kira masalah yang berlaku. Tidak perlu menggunakan kuasa sewenang-wenangnya biarpun ia berdasarkan kepada undang-undang itu sendiri. Ada kalanya kita perlu fikirkan masalah ibubapa berkenaan.
Jika dapat RM100, kemudian terpaksa pula bayar saman bukankah ia akhirnya akan menyusahkan ibubapa terbabit sebenarnya. Paling mengejutkan, kami dimaklumkan pihak polis tidak pula menyamankan kenderaan yang diletakkan diluar pagar sekolah itu hari ini. Sedangkan situasi yang sama disaksikan bila ibubapa berbondong-bondong datang ke sekolah untuk mengambul keputusan UPSR anak-anak mereka.
Kenapa ada "double standard" dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan?. Jika ini keadaannya, maka tidak wajar ibubapa yang hadir semalam di saman atas kes yang sama. Di manakah keadilan?].
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
11 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan