PAHANG DAILY
KUANTAN - PAS Pahang digesa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang dipercayai mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Lynas Corporation iaitu kilang memproses rare-earth yang kini dibantah oleh parti itu.Jika sebelum ini PAS pernah mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat gara-gara tindakan beliau mengeluarkan kenyataan terbuka di TV3 yang bertentangan dengan dasar parti itu dalam isu Lynas. Maka, kini mereka wajar melakukan tindakan yang sama terhadap pihak terbabit.
Aktivis Rakyat, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau berkata demikian kepada pihak kami pagi tadi.
"Saya sudah memberi tempoh sebulan kepada pihak terbabit supaya menarik diri daripada berurusan secara rasmi dengan Lynas. Namun, dari maklumat .. tiada tindakan dibuat. Makanya, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan pihak terbabit jika mereka terus berdegil.", kata Shukri.
Beliau yang merupakan salah seorang penentang Lynas yang bergeras atas nama aktivis kecewa dengan senario yang berlaku.
"Saya sanggup menggadaikan nyawa beberapa kali untuk berhadapan dengan mereka. Malah, saya hampir dipukul serta digertak dengan bermacam-macam ugutan oleh mereka.
Tanpa sebarang kewangan saya hadir, malah membuat liputan meluas isu Lynas di blog, facebook dan sebagainya. Tiba-tiba ada pula manusia yang hipokrit, depan menentang belakang sapu projek. Saya tidak boleh terima semua ini.
Kita marah kerajaan apabila ada laporan menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Israel yang kita tentang. Kini, ada orang kita yang tergamak mengadaikan maruah dengan membolot projek dengan Lynas. Sedangkan dibelakang mereka menentag projek tersebut.
Saya juga ada maklumat mengenai anak-anak pemimpin PAS juga ada yang bekerja dengan syarikat terbabit. Kenapa ini berlaku?. Maka, saya harap PAS Pahang siasat kes ini dengan segera. Jika tidak sudah pasti ia akan jadi isu besar pada PRU akan datang", kata blogger terbabit.
Rakyat tertipu membantah Lynas bila ada orang tertentu tiba-tiba dapat
projek dan tergamak khianat kepada perjuangan mereka selama ini
Jika mahu main projek dengan Lynas, pihak yang berkenaan digesa meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu demi maruah dan harga diri. Dikala rakyat sibuk berjuang menentang dan membantah Lynas, mereka bersama-sama berjuang dan mahu Lynas dihalau keluar dari bumi Pahang.
Rupa-rupanya dalam masa yang sama mereka dapat untung besar atas projek tersebut. Apakah ini cara perjuangan Islam, menipu untuk kepentingan duniawi. Isu ini pasti akan menyentam semangat perjuangan mereka yang berkobar-kobar mahu Lynas dihentikan.
Kini terdedah akhirnya ada pihak yang menipu dalam perjuangan. Isu ini bukanlah melibatkan parti tetapi hanya sikap individu tertentu semata-mata. Namu, harus diingat ada orang dalam kepimpinan PAS sendiri tahu tentang perkara ini dan kenapa mereka harus berdiam diri.
Apakah mereka rela dana perjuangan PAS Pahang disalurkan daripada duit Lynas?. Maka, buat tindakan segera demi maruah parti serta kepercayaan rakyat terhadap isu yang cukup kontroversi ini hendaknya].


0 ulasan:
Catat Ulasan