PAHANG DAILY
Ramai yang ternyata terkejut dengan penampilan terbaru Hajjah Rosmah Binti Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Hj.Najib Tun Razak, selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji di Mekah baru-baru ini.
Masing-masing tidak percaya dengan apa yang disaksikan. Ternyata Rosmah masih terus engkar dengan arahan Allah agar wanita Islam "menutup aurat", biar pun dikatakan baru mendapat hidayah apabila melaksanakan tuntutan agama Islam itu.
Sepatutnya Rosmah tampil dengan imej yang lebih Islamik dan tidak lagi "terdedah jambul" seperti sediakala. Tambahan pula, beliau baru balik dari Tanah Suci. Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Rosmah ternyata tidak mahu tunduk dengan larangan Allah yang dituntut dalam agama Islam.
Dengan ini, maka terserlahlah kepada rakyat bahawa apa yang dihebahkan semasa mereka mengerjakan haji itu sememangnya "hanyalah untuk mengaburi mata rakyat" semata-mata. Segalanya mungkin bertujuan untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Islam bahawa mereka sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Media ditugaskan membuat provokasi besar-besaran aktiviti haji yang dilakukan oleh kedua-duanya.
Sikap keterlalun media ini akhirnya menjerat diri apabila banyak persoalan dan adengan yang memualkan berlaku semasa Najib dan Rosmah di Tanah Suci. Kawalan ketat ala tentera yang dilakukan seolah-olah mereka berada di zon peperangan jelas sekali menunjukkan ketakutan pemimpin terbabit hatta berada di tempat suci umat Islam itu.
Dengan penampilan terbaru Rosmah ini juga, maka rakyat berhak membuat kesimpulan bahawa beliau sebenarnya memang tidak mahu berubah dan tetap macam biasa walaupun kini berstatus "Hajjah". Semoga rakyat dapat menilai, apakah ini cara isteri pemimpin Islam yang mahu diagung-agungkan itu agaknya?
[Ramai yang pasti kecewa dengan penampilan terbaru Rosmah ini sebenarnya. Malah, ada juga yang tidak terkejut dan memang sudah menjangka "itulah Rosmah Mansor". Rakyat juga tertanya-tanya, apakah ilmu yang diperolehi oleh beliau semasa di Tanah Suci Mekah, jika perkara sekecil itu pun beliau tidak mahu memanfaatkannya.
Bukankah menutup aurat itu adalah WAJIB dalam Islam. Makanya, beliau sepatutnya selalu mendengar tazkirah daripada alim ulamak agar akur dengan tuntutan Islam. Kita juga hairan kenapa Menteri Agama, Jamil Khir Baharom sendiri gagal untuk mentarbiah Rosmah ketika berada di Tanah Suci.
Apakah beliau redha dengan semua ini?. Jika itu keadannya, maka umat Islam di seluruh Malaysia perlu bangkit menyedarkan rakyat bahawa sememangnya suami kepada Rosmah telah gagal memberi didikan agama kepada isterinya. Maka apakah layak beliau menjadi pemimpin sebuah negara Islam seperti Malaysia ini.
Lakukan perubahan pada PRU13 nanti].
Harga Minyak Dunia Turun Tetapi Harga RON97 Masih Sukar Diturunkan Seperti Yang Dijanjikan?
11 beberapa jam yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan