Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, "orang Melayu di negeri itu gembira dengan kerajaan negeri."
PETALING JAYA: Kajian mengenai kecenderungan masyarakat Melayu Pulau Pinang yang dilapurkan Ilham Centre sebagai tidak suka dengan kerajaan DAP bertentangan dengan respons mereka terhadap program kerajaan negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, “orang Melayu di negeri itu gembira dengan kerajaan negeri. Ini maklum balas yang kita terima.”
Beliau menegaskan PAS akan membuat kajian semula untuk memastikan kesahihannya kajian yang dibuat oleh Ilham Center itu.
“Kita tidak menolak tinjauan tersebut tetapi PAS akan membuat sendiri mengenai kesahihannya.
“Kita (PAS) hendak tahu dari sudut mana dan golongan yang terbabit dengan kajian oleh Ilham Cente itu.
“Adakah orang Melayu itu ahli Umno atau pengundi atas pagar atau mereka itu terpengaruh dengan Umno?” kata ketua penerangan PAS itu.
Kerajaan Cina
Kajian Ilham Centre mendedahkan orang Melayu sama seperti mereka melihat DAP, iaitu mereka meyakini bahawa pimpinan negeri ini adalah Cina dan kerajaan negeri dipimpin oleh Cina.
Ia dijalankan di tiga kawasan parlimen iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bayan Lepas ke atas 720 pengundi Melayu terdiri daripada anggota BN dan atas pagar.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kajian yang dibuat oleh NGO itu terhadap orang Melayu Pulau Pinang.
Tuan Ibrahim juga menegaskan Ilham Centre buka sebuah badan pemikir yang ada kaitan dengan PAS sebaliknya sebuah badan bebas.
Ketika ditanya mengenai peluang PAS dalam pilihan raya umum kan di neegri itu, ketua penerangan berkata, PAS akan bekerja lebih kuat untuk untuk memenangi pengudi Melayu.
“Kita akan minta wakil rakyat tunggal PAS, Datuk Salleh Man untuk mendekati para pengundi Melayu menjelang pilihan raya ke 13 ini,” katanya.


0 ulasan:
Catat Ulasan