Walaupun beliau menafikan yang beliau telah berubah fikiran, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara dramatik melembutkan pendirian beliau semasa membentangkan peraturan baru yang dinanti-nantikan mengenai pengajaran Matematik dan Sains di sekolah-sekolah kerajaan.
Pada asasnya, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itua akan dilakukan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2017 bagi sekolah rendah dan pada 2021 untuk sekolah menengah.
Ini akan memberi ibu bapa sedikit ruang untuk bernafas, walaupun Muhyiddin memberi amaran bahawa ini tidak bermakna beliau menarik balik keputusan untuk menghapuskan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar matapelajaran tersebut.
"Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI kekal. Kerajaan tidak merancang untuk memperkenalkan semula dasar itu, seperti yang diminta oleh beberapa pihak, "Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat.
Muhyiddin juga menjelaskan bahawa keputusan itu juga bermakna bahawa pelajar-pelajar antara Tahun Tiga dan Tingkatan Lima tahun depan akan dibolehkan membuat pilihan sama ada belajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau kedua-dua bahasa, seperti yang dibenarkan di bawah PPSMI, sehingga mereka menamatkan pendidikan sekolah rendah dan menengah .
Mereka yang sudah berada dalam sistem PPSMI (pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) juga akan dibenarkan untuk meneruskannya sehingga tingkatan lima.
Kemenangan kecil untuk penyokong PPSMI
Ini juga seperti kemenangan kecil bagi orang-orang yang menyokong PPSMI, manakala orang-orang yang mahu pertukaran kepada Bahasa Malaysia atau Melayu untuk kedua-dua mata pelajaran akan berasa kecewa.
Berdasarkan pengumuman Muhyiddin, pelajar yang dalam sekolah rendah akan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua matapelajaran. Tetapi pelajar yang berada sekolah menengah masih boleh memilih.
"Adalah terlalu awal untuk kita bergembira, marilah kita melihat butir-butir yang lebih halus terlebih dahulu," kata Noor Azimah Abdul Rahim, ketua kumpulan ibu bapa yang pro-PPSMI, kepada Malaysia Chronicle.
"Ini bermakna PPSMI kekal untuk 6 tahun lagi. Bagi sekolah rendah, mereka yang sudah mula dalam Bahasa Inggeris harus dibenarkan menamatkannya dalam bahasa Inggeris dan ini adalah sebab untuk melanjutkan ke 2017. Tetapi kenapa melanjutkan tempoh masa ini kepada sekolah-sekolah menengah. Muhyiddin boleh mengatakan apa dia mahu tetapi dia seakan berdolak dalih dalam dari ucapannya sejak beberapa hari lalu. Ini mesti kerana Dr M, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, merujuk kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang telah mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris untuk dua mata pelajaran tidak lama sebelum beliau bersara pada tahun 2003.
Faktor Dr M
Sebelum itu pada hari Jumaat lepas, Mahathir telah membuat kenyataan bahwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengatasi keputusan Muhyiddin untuk memansuhkan PPSMI. Namun, kata-kata beliau yang masih merupakan tokoh ulung dalam politik Melayu sudah pasti akan tetap menghantui Muhyiddin,lebih-lebih lagi jika TPM itu mahu menjadi pencabar serius untuk jawatan presiden Umno tahun depan. Muhyiddin pasti akan memerlukan sokongan veteran berusia 85 tahun itu juga.
Berikutan pilihan raya umum 2008, di mana Umno mengalami prestasi pilihan raya yang paling teruk, ia akhirnya tunduk kepada kemahuan kumpulan Melayu yang lantang menyuarakan kemahuan menukar semula pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu kepada Bahasa Melayu.
Tetapi penganalisis politik telah memperkecil-kecilkan pengaruh PPSMI sebagai penyebab untuk Umno kehilangan sokongan orang Melayu. Mereka merujuk kepada pilihan raya umum 2004, di mana Umno menang besar walaupun mendapat bantahan terhadap PPSMI yang pada ketika itu baru diperkenalkan.
Walaupun begitu , mereka yang kuat nampaknya telah menang dan keputusan oleh kerajaan untuk menggugurkan Bahasa Inggeris ketika itu dibuat pada tahun 2008 dengan syarat bahawa kementerian akan mengkaji keadaan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum memuktamadkannya. Minggu lepas, Muhyiddin tiba-tiba mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2012. Beliau dituduh cuba untuk meraih kepentingan politik beliau dengan keputusan itu, dan ini telah mengecewakan ramai ibu bapa terutama dari kawasan bandar.
Sesungguhnya, dengan pilihan raya umum ke-13 yang menjelang, Muhyiddin dipercayai telah membuat keputusan kontroversi itu dalam usaha untuk memenangi hati pengundi Melayu. Secara keseluruhannya, majoriti orang Melayu mahu kedua-dua subjek diajar dalam bahasa ibunda mereka, tetapi tidak semua ibu bapa menentang pilihan untuk memilih bahasa Inggeris jika mereka percaya ia adalah lebih baik untuk anak-anak mereka.
Berikut adalah perkara utama dalam pengumuman tersebut:
> Semua pelajar tahun 2 hingga Tingkatan 5 yang sedang menjalani penajian Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris tahun ini akan dibenarkan untuk menamatkan pengajian mereka dalam mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.
Pelajar sekolah kebangsaan> tahun 3 hingga hingga tahun 6 akan dibenarkan untuk meneruskan pengajian mereka sama ada dalam Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu atau kedua-duanya sekali.
> Mereka yang telah belajar subjek-subjek tersebut dalam Bahasa Melayu atau kedua-dua bahasa akan dibenarkan untuk terus belajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.
> Pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu yang akan dilakukan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu pada tahun 2017 untuk sekolah-sekolah rendah.
> Untuk sekolah menengah kedua-dua mata pelajaran itu akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu pada 2021. Malaysia Chronicle

0 ulasan:
Catat Ulasan