Jumaat, 11 November 2011

Rumah Kos Rendah - Hampir 700 Pembeli di Selangor dakwa Kena Tipu.

KLPOS.COM

SHAH ALAM - Seramai 686 Pembeli di Selangor hari ini mendesak agar pihak bertanggungjawab menunaikan janji memberi Pangsapuri Kos Rendah yang telah dibeli masing-masing setelah sekian lama ianya tertangguh tanpa sebarang maklum balas.

Wakil Penduduk, Ahmad Duranni Izam mendakwa, kesemua pembeli telahpun membayar 5% peratus daripada jumlah harga sebenar iaitu RM 42 000 bagi sebagai syarat bagi memiliki rumah yang dijanjikan.

"Kami menunggu permohonan rumah dari bulan Mei sampai sekarang, tiada sebarang maklum balas. Malah rumah yang dijanjikan telahpun dipamerkan. Sampai hari ini urusan cabut undi bagi memilih lot kediaman masih tidak dilaksanakan," dakwa Duranni.

Beliau beliau mendakwa, pihak yang bertanggungjawab menjadi orang tengah menguruskan soal pembelian pangsapuri tersebut tidak muncul sehingga hari ini.

Individu tersebut mendakwa dirinya merupakan orang yang dipertanggungjawabkan oleh salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi menguruskan perihal jual beli kediaman terbabit.

Tertera pada surat tawaran pembelian pangsapuri kos rendah melibatkan projek rumah kos rendah di Selayang Mulia Selayang, Taman Botanic Klang, Taman Harmoni Balakong dan Taman Cheras Intan Cheras, kesemuanya telah sah diperuntukkan kepada mereka.

Turut hadir Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan beberapa wakil NGO terbabit.

Menurut sumber beberapa penduduk yang turut serta dalam Sidang Akhbar ini, individu yang menjadi orang tengah bagi melaksanakan urusan jual beli kediaman bernama Haji Mohd. Yatim .

Individu ini telah memberi resit bukti pembayaran dan surat-menyurat menggunakan kepala surat Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).



0 ulasan: