Tengku Azman dakwa peniaga tempatan yang membenarkan penularan peniaga Pakistan di Jalan Tuanku Abdul ahman.
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin menyalahkan penjaja tempatan
kerana membenarkan peningkatan peniaga luar beroperasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
“Orang di situ berniaga di atas tapak berlesen kerana orang kita sendiri yang menjualkan tempat tersebut,” kata Tengku Azman yang juga mengetuai Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Umno.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kebanjiran penjaja Pakistan di kawasan tersebut seperti yang dilaporkan media pada hari kelmarin.
Selain lot perniagaan persendirian, terdapat lot perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang disewakan pada harga RM500-RM600.
“Ada juga peniaga asing yang menggunakan kakitangan tempatan,” tambah beliau.
Tengku Zainol turut mendefinasikan penjaja yang sepatutnya dibenarkan beroperasi di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
“Sepatutnya, jaja sendiri dan tidak boleh upah orang lain atau pun perniagaan dikendalikan oleh ahli keluarga sahaja dan pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus mengambil tindakan
Tetapi masalahnya bila DBKL ambil tindakan, peniaga akan kata bahawa bahawa mereka ditindas,” kata beliau sambil merujuk kepada sebilangan lot niaga orang Melayu yang dijual kepada orang asing.
Justeru itu, Tengku Zainol menasihatkan para peniaga dan penjaja tempatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman agar tidak membenarkan warga asing memonopoli ruang niaga yang sekian lama didominasi orang Melayu.
“Kesedaran warga tempatan perlu ditingkatkan dalam perkara ini,” kata beliau.


0 ulasan:
Catat Ulasan