Jumaat, 18 November 2011

Tindakan Teresa Kok timbulkan persoalan

MALAYSIA CHRONICLE



KUALA LUMPUR -- Tindakan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok mengagihkan daging korban seperti yang dilaporkan oleh beberapa blog akan menimbulkan pertikaian dan perasaan kurang senang dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen itu boleh menimbulkan perasaan sensitiviti dan ketidaksenangan masyarakat terutamanya umat Islam.

"Korban itu melibatkan soal ibadat jadi sudah tentu ia akan menimbulkan perasaan kurang senang di hati umat Islam.

"Sepatutnya apabila berkaitan dengan ibadat perkara-perkara sebegini seharusnya dipandang serius oleh semua pihak agar tidak timbulnya sebarang pertikaian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan laporan akhbar berkenaan tindakan Teresa Kok mengagihkan daging korban seperti yang didakwa oleh beberapa blog.

Antara blog yang menyiarkan gambar Exco Kerajaan Negeri Selangor itu mengagihkan daging korban adalah http://novandri.blogspot.com dan http://klxpress.blogspot.com.

Tambahnya, perbuatan Teresa itu juga akan menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat.

"Ramai yang akan tertanya-tanya ke mana hilangnya pemimpin Islam sehingga agihan daging berkenaan terpaksa dilakukan oleh pemimpin bukan Islam.

"Biarpun saya fikir ia bukanlah satu kesalahan tetapi ia melibatkan soal ibadat dan pasti akan menimbulkan banyak persoalan," katanya.--utusan

0 ulasan: