KUALA LUMPUR: Blog pro Pakatan Rakyat menyiarkan gambar terbaru Datin Seri Rosmah Mansor yang bergaya bersama beg tangan mewah jenama Birkin, didakwa milik terbaru beliau.
Beg tangan berwarna merah yang mencecah harga sehingga ratusan ribu ringgit itu dikesan menerusi satu gambar yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star.
Milosuam.blogspot turut mendedahkan baru-baru ini Dallas-based Heritage Auctions, pelelong koleksi barangan terbesar di dunia, mengistiharkan lelongan sebuah beg tangan mewah wanita Hermes Diamond Birkin berwarna merah pada harga $203,150 (RM636,100).
Beg tangan mewah itu diperbuat daripada kulit buaya merah yang juga dilengkapi dengan hiasan strap putih, serta kunci-kunci yang bertatahkan berlian.
Menurut blog berkenaan, Jurucakap Heritage, Matthew Rubinger mengesahkan bahawa pemenang bidaan tersebut telah mengunjungi pemilik yang enggan namanya didedahkan kepada umum.
Rosmah sebelum ini yang menggemparkan negara dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta, dikesan menggayakan sekurang-kurangnya 11 beg jenama mewah berkenaan di majlis-majlis yang dihadirinya.
Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.


13 ulasan:
hai kami orang pas dan pkr, kami boleh buat cerita tak elok tanpa bukti psal rosmah sebab dia tak pakai tudung. umno haram dan jahat kalau tuduh nurul izzah, wan azizah dan anwar ibrahim tak kira la ada bukti ke x sbb diorang baik pakai tudung bagai. umno juga jahat kalau tuduh lim guan eng teruk sbb lge mcm khalifah
benarkah sampai begitu mahal?
Duit gaji dier kot. LOL. tapi mahalnya.
sekiranya berlanjutan macam ni, buruklah imej Najib.
kenapa Rosmah saja yang jadi sasaran? rasanya isteri2 menteri lain pun ada juga beli barang2 mahal macam ni. tak pun dikata.
pembangkang ni pasti 'ada udang di sebalik batu'. sengaja untuk menjatuhkan Rosmah. tidak cukup lagi dengan Najib, heret sekali isterinya. nanti2 anaknya pula.
Rosmah jadi sasaran sebab beliau menonjol kot berbanding dengan isteri2 bekas PM terdahulu.
inilah politik. ada saja serangan peribadi yang dibuat.
mungkin ini dilakukan untuk mencemarkan imej Rosmah..
beg tangan Birkins itu adalah hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada Rosmah..
Unbelievable, how can a bag like this cost so much.
This bag cost more than a car.
Kebanyakan pihak sengaja memburukan Datin Rosmah kerana mereka tidak dapat mencari kelemahan PM kita. Maka isteri jadi mangsa.
Catat Ulasan