Ketua Umno Ampang meramalkan sokongan pengundi menjangkau sehingga 60 peratus.
PETALING JAYA: Umno Selangor membayangkan mereka sudah bersedia merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Umno Ampang Datuk Ismail Kijo berkata, majoriti rakyat Selangor kini mahu BN kembali berkuasa.
Katanya, BN negeri menghadapi pilihan raya umum ke 13 dengan semangat baru iaitu merampas semula dari Pakatan Rakyat.
Menurutnya, semangat dan kekuatan ini tidak sama dengan pilihan raya 2008 yang menyebabkan negeri itu jatuh ke tangan pembangkang buat kali pertama dalam sejarah.
“Paling kurang 50 peratus rakyat Selangor menyokong BN tetapi saya merasakan peluang sekarang ialah 60 peratus untuk BN dan 40 peratus untuk Pakatan Rakyat,” katanya.
Faktor Najib
Ismail merupakan bekas Adun Lembah Jaya selama tiga penggal mulai yahun 1995 sebelum kalah kepada Khasim Abdul Aziz dari PAS dalam pilihan raya umum 2008.
Ketua Umno Ampang itu juga berkata kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi indikasi utama parti itu merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, perdana menteri telah membawa satu semangat baru kepada rakyat Selangor.
“Kepimpinan Najib sangat berbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Beliau telah membawa imej kepimpinan baru negara dengan program turun padang yang mendapat baik dari rakyat termasuk di Selangor.
“Apakah rakyat Selangor mahu menolak seorang pemimpin seperti ini?” katanya lagi.
Gelombang baru
Ismail berkata, program 1Malaysia yang diperkenalkan Najib sejak dua tahun lalu benar-benar telah membawa gelombang baru kepada rakyat Selangor.
“Rata-rata maklum balas dari rakyat baik Melayu, Cina dan India mereka sokong dan menerimanya.
“Budak-budak pun boleh menyanyi lagu 1Malaysia. Ini bermakna rakyat telah menerima kepimpinan Najib,” katanya lagi.
Beliau juga mengulas mengenai kekalahan teruk BN Selangor dalam pilihan raya umum lalu.
“Antaranya ialah unsur-unsur sabotaj dari dalam, selain faktor calon.
Katanya, BN negeri menghadapi pilihan raya umum ke 13 dengan semangat baru iaitu merampas semula dari Pakatan Rakyat.
“Semangat dan kekuatan ini tidak sama dengan pilihan raya 2008,” tambahnya.


0 ulasan:
Catat Ulasan