Sabtu, 17 Disember 2011

Ceramah: Anwar Ibrahim Gesa Rakyat Pahang Lakukan Perubahan Pada Pilihanraya Umum Akan Datang Jika Mahu Kebajikan Mereka Terbela!

PAHANG DAILY


KUANTAN - Lebih seribu orang telah hadir ke program Ceramah Perdana, bertajuk "Di Ambang PRU-13: Demi Rakyat" di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj. Ahmad dekat sini malam tadi.

Ceramah yang menampilkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu khabarnya telah berjaya menyuntik semangat para pejuang Pakatan Rakyat untuk bersiap siaga sepenuhnya bagi berhadapan dengan UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti.

Selain Anwar, turut berceramah malam tadi ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan YB Chang Lih Kang (ADUN Teja).

Anwar dalamm ucapannya menyeru supaya rakyat Pahang membuat perubahan pada pilihanraya umum ini. Beliau juga banyak mendedahkan beberapa kepincangan yang berlaku dalam kerajaan UMNO BN termasuk isu penyelewengan projek lembu Fidlot yang melibatkan Shahrizat Jalil dan banyak lagi.

"Dia nak nafi apa kalau projek itu melibatkan suami dan anak-anak dia ... Bila kita bicara soal Lynas, mereka kata tak mungkin kerajaan akan membawa projek yang boleh memudaratkan rakyat. Tapi, kalau kita tanya kepada rakyat berapa kerat yang menyokong Lynas. Orang-orang kaya boleh pindah kalau berlaku risiko macam di Hiroshima .. tapi macam mana orang miskin?.

" Sanggupkan kita biarkan mereka menanggung akibatnya. Kerajaan tak mahu fikir itu semua .. Apa yang penting yang mereka dapat untung daripada projek tersebut. Saya harap, rakyat Pahang bangkit menghukum pemimpin kerajaan yang sebegini. Buat perubahan, macam-macam boleh dapat faedah kebajikan seperti di Selangor dan lain-lain negeri pembangkang",
kata Anwar dengan aksinya sambil berdiri.

[Selepas berceramah, Anwar dikatakan bergegas ke Kemaman untuk program ceramahnya di di sana pula. Sementara itu disebelah petangnya Anwar bersama rakyat dalam satu Majlis Hi-Tea di Shakira Cafe, Batu Satu dekat Temerloh.

Secara keseluruhannya, program anjuran PKR Cabang Kuantan itu dilihat berjaya namun tidak ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir sebenarnya. Sepatutnya, ceramah beliau wajar mendapat sambutan hangat daripada semua pihak. Mungkin agaknya promosi yang tidak berapa menyeluruh.

Apapun, ramai yang tertanya-tanya ke mana kelibat Ahli Parlimen Indera Mahkota (Azan Ismail) dan Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota (Lee Cheang Chung). Juga tidak kelihatan ialah pemimpin yang ditugaskan menjaga parlimen tersebut dari pusat "Care Taker" iaitu Zakaria Abd Hamid (Zeck).

Ini kerana program berkenaan diadakan di dalam kawasan Indera Mahkota sebenarnya. Turut kelihatan malam tadi ialah beberapa orang pimpina PAS seperti Yang Di Pertua PAS Indera Mahkota (Ustaz Nasrun Amir) dan Naib Ketuanya, Andasura Rabu].

0 ulasan: