Draf pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 akan disiapkan sebelum akhir Januari tahun, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.
Katanya, ia juga dijangka dibentangkan dalam mesyuarat parlimen pada Mac tahun sama.
Dalam kenyataan hari ini, Khaled (kanan)turut mengumumkan keahlian jawatankuasa pindaan AUKU yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Islam Antarabangsa Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.
Menurut senarai yang diedarkan kepada media itu, keanggotaannya melibatkan pakar perlembagaan, pensyarah universiti, pendaftar dan wakil persatuan kakitangan akademik universiti.
Turut dilantik mengganggotai jawantakuasa sepuluh anggota itu Penasihat Undang-undang Universiti Teknologi Mara Datuk Prof Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Noor Aziah Mohd Awal dan pengarah bahagian hal ehwal pelajar jabatan pengajian tinggi Prof Azali Mohamed.
Ia akan diurussetiakan oleh unit undang-undang kementerian pengajian tinggi, kata Mohamad Khaled lagi.
"Sehubungan dengan itu, semua universiti melalui para mahasiswa dan ahli-ahli akademik hendaklah mengadakan perbincangan dan keputusan boleh dikemukakan kepada jawatankuasa ini melalui sesi perjumpaan atau penggunaan media sosial," katanya.
Dalam masa yang sama, Mohamad Khaled berkata, beliau difahamkan beberapa sesi perbincangan akan diadakan bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) melalui meja bulat yang dikelolalakan oleh timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah.

0 ulasan:
Catat Ulasan