
PUCHONG : Pembinaan depot keretapi LRT baru di Kampug Seri Aman tanpa merobohkan kampung tersebut dilihat oleh penduduk dan pemaju sebagai contoh terbaik cara kerajaan Selangor menyelesaikan masalah rumit pembangunan.
Penyelesaian isu tersebut dikatakan menguntungkan kedua pihak apabila lebih 100 rumah kampung diselamatkan dari diroboh apabila tapak depot itu dialihkan.
Manakala pemaju projek gergasi itu mendapat tempat lapang yang lebih besar dan sesuai bagi stesen dan depot mereka.
Pada hari ini, penduduk yang tanah dan rumah mereka bakal diambil jika projek tersebut diteruskan di tapak yg asal, menarik nafas lega apabila pemaju membatalkan warta pengambilan rumah mereka.
Cara penyelesaian 'menang-menang' ini dimana kerajaan negeri menjadi pengantara yang adil mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kepentingaan kedua-dua pihak.
Abd Rani Hodri, 54, seorang penduduk kampung yang tanah dan rumahnya dikenalpasti untuk di ambil bagi depot baru projek LRT itu melahirkan rasa syukur dengan usaha kerajaan Selangor dalam menolong penduduk kampung.
"Ia satu perkara yang amat baik. Kerajaan nampak lebih membantu dan prihatin dengan kehendak rakyat. Dengan adanya MTES (Majlis Tindakan Ekonomi Selangor), satu platform dimana kami dapat bersama-sama berbincang dan berjumpa dan menyampaikan masalah kami. Dan Alhamduillah dapat menyelesaikan masalah tersebut," kata Abd Rani Hodri, 54,"Kami diberi peluang menghadiri Majlis Tindakan Ekonomi Selangor untuk berbincang dan memberi pendapat kami dan kami berkesempatan berjumpa dengan konsultant, kontraktor dan kami berjaya memberi cadangan-cadangan lain supaya stesen itu dialihkan kepada tempat yang lebih sesuai," Abd Rani berkata.
Beliau ditemui di satu majlis kesyukuran sempena penyelesaian pemindahan depot LRT tersebut di Kampung Seri Aman, di sini. Hadir bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Puchong Gorbind Singh Deo dan pemimpin masyarakat Kampung Seri Aman.
Pada asalnya, 60 buah tanah lot di Kampung Seri Aman bakal diambil untuk membina sebuah depot yang merupakan sebahagian dari projek penyambungan perkhidmatan laluan LRT dari stesen Kelana Jaya ke Putra Heights.
Penduduk yang terlibat diberitahu pada November 2009 tentang pengambilan tanah mereka oleh pemaju projek tersebut, Syarikat Prasarana Negara Berhad.
Ekoran dari itu, penduduk kampung menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membantah pengambilan tanah mereka dan berusaha mendapat sokongan dari Gorbind Singh Deo dan Kerajaan Selangor bagi membantu mereka.
Kerajaan negeri kemudiannya menganjurkan pertemuan antara kedua-dua pihak dan hasil rundingan bersama antara pemaju, penduduk dan kerajaan negeri, depot itu dialihkan kepada satu tapak alternatif yang tidak jauh dari kampung tersebut.
"Setelah berjaya sekarang ni warta itu ditarik balik dan ia akan dibina di tempat lain. Dan kami bersyukur dan kami bangga benda ini kami berjaya usahakan sampai habis dan selebihnya saya ingat ini untuk kemudahan awam saya ingat bagus juga lah," kata Abdul Razak Hussin, 41, seorang penduduk yang tanahnya juga akan diambil dibawah cadangan asal.
"Kita tak tolak pembangunan cuma kami nak tempat itu sesuai."
0 ulasan:
Catat Ulasan