
Hazlan Zakaria
Bagaimanapun, parti Islam itu menegaskan bahawa ia adalah laporan 'unjuran senario terburuk' dan bukannya sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata adalah satu perkara biasa, apabila merancang menghadapi pilihan raya, partiitu akan menyediakan laporan senario terburuk, mengenai kemungkinan Selangor jatuh kepada BN kerana Umno melakukan segala-galanya untuk berbuat demikian.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Khalid (kiri) berkata, apa yang Zahid tidak sebut ialah laporan itu juga menyatakan bahawa AS juga ada banyak cara untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, kerana ia kini mempunyai akses kepada saluran seperti televisyen, majlis tempatan, JKKK dan ketua-ketua kampung.
Katanya, laporan itu juga mencadangkan PAS menggunakan saluran-saluran tersebut, dan pada masa yang sama, menyatakan bahawa PAS adalah lebih kukuh daripada sebelumnya.

0 ulasan:
Catat Ulasan