Khamis, 15 Disember 2011

Mansuh JKKKP Boleh Bayar Guru Sementara

Oleh Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM : Kerajaan Pusat diseru untuk memansuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana segala hasil penjimatan itu boleh disalurkan kepada guru-guru sementara yang telah dilucutkan.

Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata, dengan menghapuskan 'klon' JKKKP BN itu, dana bagi membayar gaji dan elaun mereka boleh digunakan oleh kerajaan persekutuan bagi membayar faedah kepada guru-guru sementara.

Menurut Nie Ching dalam kenyataan medianya, sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bayaran bonus, faedah bersalin dan faedah lain yang ditarik balik oleh kerajaan berikutan perubahan terma-terma kontrak guru guru sementara.

"Alasan Kementerian Pelajaran adalah kerajaan kekurangan sumber-sumber kewangan untuk membuat pembayaran. Dengan merampas RM200 sebulan dari setiap guru sementara, penjimatan tahunan akan berjumlah RM16.8 juta," katanya.

Sebaliknya, menurut Nie Ching , kerajaan persekutuan telah membayar RM137 juta sejak 2009 untuk menubuhkan jawatankuasa 'klon', bagi ‘memantau' Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik mengikut kuasa kerajaan negeri.

"Oleh kerana struktur organisasi dan fungsi-fungsi JKKKP hampir sama dengan JKKK, penubuhan jawatankuasa itu (JKKKP) pasti satu pembaziran wang pembayar cukai.

"Penubuhan JKKKP di negeri-negeri Pakatan, membuktikan BN tidak boleh menerima kekalahan dalam PRU-12 dan akan melakukan apa sahaja bagi membolehkan mereka menyediakan saluran 'rasmi' bagi amalan politik wang dan kerja-kerja akar umbi di kawasan luar bandar," katanya.

Tambah Nie Ching, sehingga kini, jumlah JKKKP yang terdapat di Kedah ialah 1,899 ,di Pulau Pinang seramai 142, di Selangor seramai 381, dan 765 di Kelantan.

"Jika peruntukan untuk JKKKP boleh dialihkan kepada guru-guru sementara, akan terdapat dana yang lebih untuk menampung kos saraan dan faedah pekerjaan asas, di samping untuk mengekalkan skim tersebut.

"Ini sudah pasti akan memperbaiki kehidupan guru-guru sementara yang turut sama mempunyai purata jam bekerja seperti guru biasa," katanya.

13 ulasan:

Naufall Adif berkata...

JKKKP=melayu
so cina ni ckp rugi bagi duit kat melayu

mantra berkata...

jawatankuasa tersebut tak patut dimasuhkan.

Smookiekins berkata...

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)tidak patut dimansuhkan. Rakyat sekarang semakin sibuk dan kadang2 tidak peka dengan keadaan sekitar. Jawatankuasa ini masih relevant pada masa ini.

Kris Jr berkata...

ya la Smoo.. orang sekarang tidak buat kerja free2. perlu dibayat.

Irish berkata...

kalau mahu mansuhkan, pastikan ia tidak membawa impak yang tidak baik kepada negeri. kerajaan mungkin perlu berunding dengan pemimpin2 di negeri Pakatan ni.

fazlin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fazlin berkata...

JKKKP tidak patut dimansuhkan..cuba tengok di kampung, JKKKP ini pastinya masih diperlukan.

fazlin berkata...

rasanya kebanyakan rakyat juga tidak bersetuju jika JKKKP dimansuhkan.

rebirth berkata...

untuk memperbaiki kehidupan sebelah pihak, yang sebelah pihak lagi terpaksa dikorbankan.. begitukah cara pemimpin2 pakatan menyelesaikan masalah??

rebirth berkata...

saya rasa baik mansuhkan saja semua parti politik pembangkang..

Green Sabah berkata...

Hope that the Ministry of Education will make the right moves regarding this issue.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah berkata...

Serious considerations must be done before abolishing JKKP. This should not be taken lightly.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Wazxiran berkata...

Mungkin ada peranan JKKKP tersebut. Ini bagi membantu penduduk kampung yang menyuarakan masalah.