Selasa, 13 Disember 2011

MP: Guna dana JKKKP 'klon' BN bagi pendidikan


MALAYSIA KINI

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching mahu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang dilantik oleh BN di negeri-negeri Pakatan Rakyat dihapuskan dan segala penjimatan itu disalurkan kepada Kementerian Pelajaran.

Katanya, dengan menghapuskan 'klon' JKKKP BN itu, dana bagi membayar gaji dan elaun mereka boleh digunakan oleh kerajaan persekutuan bagi membayar faedah kepada guru-guru sementara yang telah dilucutkan.

azlanAntaranya, kata Teo dalam kenyataan medianya, adalah sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bayaran bonus, faedah bersalin dan faedah lain yang ditarik balik oleh kerajaan berikutan perubahan terma-terma kontrak.

"Alasan Kementerian Pelajaran adalah kerajaan kekurangan sumber-sumber kewangan untuk membuat pembayaran. Dengan merampas RM200 sebulan dari setiap guru sementara, penjimatan tahunan akan berjumlah RM16.8 juta," katanya.

Sebaliknya, menurut Teo, kerajaan persekutuan telah membayar RM137 juta sejak 2009 untuk menubuhkan jawatankuasa 'klon', bagi ‘memantau’ Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sepatutnya dilantik mengikut kuasa kerajaan negeri.

NONE"Oleh kerana struktur organisasi dan fungsi-fungsi JKKKP hampir sama dengan JKKK, penubuhan jawatankuasa itu pasti satu pembaziran wang pembayar cukai.

"Penubuhan JKKKP di negeri-negeri Pakatan, membuktikan BN tidak boleh menerima kekalahan dalam PRU-12 dan akan melakukan apa sahaja bagi membolehkan mereka menyediakan saluran 'rasmi' bagi amalan politik wang dan kerja-kerja akar umbi di kawasan luar bandar," katanya.

0 ulasan: