
Utusan Malaysia didapati bersalah kerana memfitnah Setiausaha Agung DAP itu di dalam artikel yang bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.
Utusan Malaysia diperintahkan membayar Lim pampasan berjumlah RM200,000 dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.
Artikel tersebut menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis' dan ‘anti-Melayu' berdasaran ucapan ‘A People's Goverment for the Real Malaysians' semasa Konvensyen Pakatan Rakyat sehari sebelum itu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk G V Varughese di dalam penghakimannya menggariskan tujuh perenggan daripada artikel itu yang dikatakan telah memfitnah Lim.
Lim berkata kemenangan kes ini membuktikan bahwa Kerajaan Pulau Pinang Pakatan Rakyat bukan anti-Melayu atau anti-Islam.
Beliau juga berkata Utusan tidak akan berhenti untuk mencari isu-isu untuk menfitnah beliau lagi pada masa depan.

0 ulasan:
Catat Ulasan