Kalau sebelum ini ada keluar video youtube sembang rakyat yang memapar & membincangkan isu kedai 1Malaysia dan juga hukum hudud. Ala-ala borak-borak di kedai kopi. Bukan tahap lakonan setiap pelakon yang kami nak perhatikan. Bukan…Tapi isi perbincangan dalam video sembang rakyat tersebut.
Kalau sebelum ini laman Sembang Rakyat ada mengeluarkan video mengenai HUDUD
Terbaru, keluar satu lagi video sembang rakyat yang mengandungi pelbagai perbincangan hangat di Malaysia termasuklah diselitkan sama isu hudud..
Antara dialog-dialog dalam video sembang rakyat di atas yang berjaya menarik perhatian kami :
- Jangan biasa ikut pintu belakang, nanti orang cakap boleh jadi “pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim”
- Datuk Nik Aziz tak habis-habis dengan retorik lama, dah nak pilihanraya umum ni mulalah dengan isu HUDUD
- Kelantan dah 3 tahun jadi champion (juara 3 tahun berturut-turut paling ramai pengidap AIDS/HIV)
- Kalau buat HUDUD tiada apa jadinya, lagi teruk jadinya
Isu utama di dalam video tersebut mempertikaikan kredibiliti pemimpin yang disebut dalam video sembang rakyat tersebut, perkara kedua. Tetapi yang kami cukup kesalkan dengan pandangan buruk sehingga sanggup mempersenda dan menghina hukum Allah, HUDUD.
Bagi kami, kita sering melatah apabila agama lain mempersendakan agama Islam, tetapi saudara seislam kita sendiri sanggup mempersendakan agama Islam. Mengapa sampai ada kalangan yang sanggup bertindak sebegini rupa?
Melihat situasi yang bagi kami semakin menjadi-jadi, kami terpanggil untuk menyemak satu persatu siapa dibelakang koleksi video sembang rakyat ini. Untuk mengetahuinya cukup mudah :
Sebelum itu, koleksi video sembang rakyat mempunyai lamannya sendiri di alamat sembangrakyat.org
Pada ketika berita ini dikeluarkan, laman sembangrakyat.org tidak boleh diakses. Sudah dijangka. Nak tahu siapa disebalik laman sembang.org tidak sesukar mana. Dengan bantuan laman http://whois.domaintools.com/sembangrakyat.org anda boleh menyemak
- Nama domain (sembang.org)
- Nama yang digunakan (tetapi dalam kes ini nama sebenar tidak diletakkan) sebaliknya nama gelaran digunakan. (Mata)
- Syarikat yang terlibat dalam mendaftarkan domain sembang.org ini (Syarikat Kaya Raya)
- Dan juga email yang digunakan ketika mendaftar domain tersebut (ajaff8@gmail.com)
Dengan adanya maklumat, anda juga menyemak pelbagai maklumat disebalik pembangun laman web sembangrakyat.org
Kami berikan contoh dengan menggunakan perkhidmatan website.informer.com, kami berjaya mengesan domain-domain lain yang ada kaitan dengan Syarikat Kaya Raya ini :
Antaranya ialah :
- kitagempur.com
- umno-selangor.com
- malaysiamasakini.com
- mafiamp3.com
- orangefm.net
P/S : Apa pandangan anda pula mengenai koleksi video sembang rakyat terutamanya video yang menyentuh hukum hudud seperti di atas?





0 ulasan:
Catat Ulasan