Khamis, 15 Disember 2011

Zaid Ibrahim : Pemimpin Lompat Parti Tak Semestinya Tak Baik

Oleh Hafizan Taib


SHAH ALAM : Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim menjelaskan dirinya adalah seorang ahli politik yang punya pendirian dan langkahnya berpindah parti politik bukan atas kepentingan peribadi atau mengejar keuntungan.

Malah katanya, keputusan itu juga tidak wajar dilihat dari sudut negatif kerana tidak semua ahli politik yang bertukar atau melompat parti itu tidak bagus atau tidak berpendirian.

Menurutnya, dia juga bukannya sesuka hati meninggalkan Umno tetapi disebabkan tidak sependapat dengan kepimpinan di dalam parti terbesar orang Melayu itu maka akhirnya dia disingkirkan.

"Sebenarnya saya tak berhenti daripada Umno, bukan saya lari daripada Umno (tetapi) saya dipecat kerana pandangan saya tidak secocok dengan kepimpinan. Saya pun bukan lompat dari PKR, saya berhenti untuk memudahkan PKR dengan cara dia dan saya dengan cara Kita," katanya selaku ahli panel di dalam majlis wacana anjuran Sinar Harian bertajuk "Undi Siapa Jadi Penentu".

Dia berkata demikian apabila diminta menjawab soalan diajukan seorang hadirin di dalam majlis tersebut yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Ahli panel lain di dalam wacana tersebut ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial UM, Prof Madya DR Abu Hassan Hasbullah.

Majlis itu dimoderatorkan Pensyarah Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM, Dr Maszlee Malik.

Zaid seterunya berkata, masyarakat tidak harus berbicara tanpa fakta sebenarnya dan hanya memikirkan semua mereka yang melompat parit itu adalah untuk mencari kesempatan dan keuntungan.

Jelasnya, pandangan harus dibuat secara adil tambahan pula bidang politik dewasa ini adalah suatu bidang yang mencabar dan sukar.

"Kadang-kadang orang yang kekal dalam parti itupun yang menyebabkan negara kita macam ni. Kadang-kadang kita kekal nak tunjuk setia kita. Kita kekal sebenarnya kadang-kadang nak jaga kontrak yang ada, kadang-kadang kita kekal kita nak jawatan yang ada. Tidak semestinya orang yang kekal itu orang yang bagus untuk negara," katanya lagi.

Mengenai persoalan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang dikatakan bakal menjadi penentu terhadap Pilihanraya Umum (PRU) ke 13, Zaid berkata, pihaknya berasa yakin memang ada peranan dimainkan Rosmah dalam isu.

"Sama ada Rosmah menjadi penentu dalam pilihanraya umum ke 13, saya sebenarnya merasakan dia ada main peranan penting.

"Saya rasa Perdana Menteri perlu beri perhatian. Bukan sahaja Rosmah, (bekas Perdana Menteri Tun) Dr Mahathir (Mohamed) pun jangan masuk campur. Inilah masalahnya parti yang memerintah, perlu menjaga itu perlu menjaga ini perlu menjaga hati....sampai bila," katanya.

Jelasnya demi kebaikan negara dan dalam penghadapi PRU ke 13, mereka yang berada di luar dari garisan politik perlu berkecuali dan memberi ruang kepada hanya mereka yang terlibat dalam membuat sebarang ketetapan.

16 ulasan:

Naufall Adif berkata...

dah dia pun katak,orang gila pun xngaku gila

mantra berkata...

pemimpin yng suka melompat adalah pemimpin yang tiada pendirian.

Smookiekins berkata...

Kesetiaan tu perlu ada. Lompat2 apa yang dia mahu sebanarnya dari sebuah parti.

Kris Jr berkata...

Tak penat ke lompat2. Belum selesai perjuangan dah lompat pula.

Irish berkata...

kalau alasannya tidak sependapat, baguslah tubuhkan parti sendiri. Ada juga pemimpin ni yang asal lompat parti mesti dia mau ada kedudukan dalam parti tersebut.

Irish berkata...

Jeffrey Kitingan antara pemimpin Sabah yang sering lompat parti.

Caldina berkata...

Tepuk dada, tanya selera. Kenapa lompat? Kepimpinan parti yang tak betul atau agenda tersendiri tidak kesampaian?

Caldina berkata...

Pemimpin lompat parti tak semestinya tak baik...benar tapi berapa peratus saja pemimpin yang benar2 baik?

fazlin berkata...

selalunya mereka yang lompat parti dikaitkan dengan mereka yang tiada pendirian.

fazlin berkata...

apa pun, terserahlah kepada pendirian masing-masing. yang penting, rakyat perlu bijak menilai dan memilih.

fazlin berkata...

apa pun, terserahlah kepada pendirian masing-masing. yang penting, rakyat perlu bijak menilai dan memilih.

rebirth berkata...

kalau berkaitan dengan perkara2 yang tidak baik, jangan harap la dia mahu mengaku.. kalau mengaku juga, boleh diibaratkan menggali kubur sendiri..

rebirth berkata...

namun pandangan pemimpin2 politik tidak sama dengan pandangan rakyat.. kalau rakyat kata tak ok, maka tak ok la jawabnya..

Green Sabah berkata...

So far there are no rules to prevent party hopping in Malaysia, therefore this is a common practice in the local politics.

Green Sabah berkata...

There should be a strict rule to prevent members from jumping ship without restrain.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Wazxiran berkata...

Mungkin kurang baik itu ada juga, dan juga tidak berpendirian. Pemimpin sebegini perlu dijauhi kerana ini akan menyusahkan kita saja nanti.