Jumaat, 6 Januari 2012

BEKUKAN PENGELUARAN MYKAD BARU DI SABAH PDF Print E-mail

SABAH KINI

PARTI Maju Sabah (SAPP) mencadangkan pengeluaran MyKad baru dibekukan sehingga Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan dan menjalankan pembersihan kad pengenalan diri (IC) yang telah dikeluarkan di bawah Projek IC.

Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) harus menghentikan pengeluaran MyKad berkenaan iaitu menukar MyKad sekarang dengan versi baru, bermula awal tahun ini.

"Lagipun ia bukan seperti MyKad lama, tidak boleh digunakan lagi. Sekiranya JPN meneruskan usaha itu, ia hanya memberi peluang kepada mereka yang memiliki MyKad yang diperoleh melalui cara yang diragui, mendapat MyKad yang jauh lebih baik.

"Ini seperti memberi mereka sokongan dua kali ganda...ia kembali ke asal, tiada perbezaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini Rabu.

Chong berkata jika pengeluaran Sijil Anak Negeri di Sabah telah dibekukan sejak 1984 berikutan penyalahgunaan dan wujud sindiket untuk memberi mereka yang tidak layak status anak negeri, jadi tiada alasan pengeluaran MyKad baru di Sabah tidak boleh dibekukan sehingga penubuhan RCI untuk menyiasat perkara itu termasuk membersihkan daftar pemilih.

JPN awal minggu ini telah mula menerima permohonan daripada orang ramai untuk menukar MyKad mereka ke versi yang baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.

Dilaporkan JPN akan 'memproses semula' data dalam MyKad sekiranya pemohon hanya mahu menukar kepada versi baru tanpa menukar gambar pemohon di MyKad.

0 ulasan: