MALAYSIA CHRONICLE
BUTTERWORTH -- MCA yakin calon yang dipilih bertanding untuk kerusi Parlimen Bagan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti akan memberi saingan kepada pakatan pembangkang.
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu telah memilih calon yang mampu memberi saingan sengit di kawasan berkenaan.
"Calon untuk (parlimen) Bagan sudah ada, tetapi saya tidak boleh dedahkannya lagi.
"Penduduk di Bagan mahu calon yang mampu berkerja keras untuk mereka dan MCA percaya beliau boleh berkerja dan bertanggunjawab terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Tahun Baru Cina 2012 Parlimen Bagan, di sini.
Parlimen Bagan diwakili oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
Liow, yang juga Menteri Kesihatan, berkata MCA juga mempunyai strategi tersendiri untuk memenangi Parlimen Bagan pada PRU akan datang.- BERNAMA

0 ulasan:
Catat Ulasan