Jumaat, 13 Januari 2012

Hentikan EGM NFC, Desak Rafizi

Post Pic


PETALING JAYA : Pihak berkuasa hari ini digesa untuk menunda Mesyuarat Agung Luarbiasa Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC) kerana keputusan yang bakal dicapai mungkin menjejaskan siasatan skandal “lembu dan kondominium.”
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pengurusan NFC tergesa-gesa memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah NFC dan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) minggu ini dengan hanya memberikan notis 3 hari. .

"Di antara agenda yang akan dibincangkan temasuklah membuat keputusan mengenai cadangan pengambilalihan National Meat & Lovestock Corporation (NMLC) yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil oleh NFC,” kata beliau.
"Saya percaya tindakan tergesa-gesa memanggil mesyuarat LEmbaga Pengarah NFC dan EGM dalam tempoh yang singkat ini berniat tidak baik dan akan menganggu siasatan terhadap NFC yang sedang berjalan,” tambahnya.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum ini menegur projek ternakan lembu NFC kerana gagal mencapai sasaran sungguhpun diberikan pinjaman faedah rendah RM250 juta. Projek itu diberikan kepada syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil.
PKR kemudian mendakwa dana awam itu digunakan untuk membiayai pembelian kondominium, tanah, kereta mewah selain membiayai percutian ke luar negara. Projek itu diluluskan pada tahun 2007 untuk memajukan industri ternakan lembu daging di Malaysia.
Rafizi mencadangkan agar kerajaan melalui wakil-wakilnya di dalam Lembaga Pengarah NPC melantik pentadbir korporat sementara yang bebas untuk mengambilalih pentadbiran NFC sementara siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selesai.

"Oleh itu saya mendesak Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan supaya … membekukan sebarang aktiviti dan keputusan di dalam semua syarikat-syarikat yang pernah menggunakan dana RM 250 juta yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia" kata beliau

0 ulasan: