Rabu, 18 Januari 2012

Isu Gay : Anwar Saman Utusan RM50 Juta

Post Pic



SHAH ALAM : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Utusan Malaysia RM50 juta kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitannya semalam.
Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Menurut Naib Presiden PKR N Surendran gambar laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah tidak benar dan bermotifkan politik

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut memetik Anwar berkata bahawa undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah tidak benar bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah ” kata Surendran yang juga peguam.

Surendran berkata semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula tetapi telah menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta.

Akhbar itu diberi 48 jam untuk menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf kepada Anwar menerusi muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu Malaysia Bhd.

0 ulasan: